Apa Suami Fikirkan Bila Isteri Seorang ...



APAKAH SUAMI FIKIRKAN BILA ISTERI BERADA DALAM KATEGORI BERIKUT. BACA TERUS JIKA ANDA MAHU TERUS MENERUS MENJADI ISTERI SUAMI ANDA.


Apa yang ada dalam kepala suami bila isteri mereka seorang yang ...

Bekerja, surirumah, berpendidikan tinggi atau rendah, berkerjaya, tak cantik, cantik, becok, mandul atau sukar ghairah!!!

Contoh apabila isteri bekerja:

Adalah satu 'kebanggaan' jika berkahwin dengan wanita bekerja. Wanita bekerja bermakna wanita itu berpendidikan, kalau tinggi jawatannya bermakna dia telah lulus semua peperiksaan besar. Dia pintar serta boleh melahirkan anak-anak yang juga pintar. Jika sebagai pegawai kerajaan, suami akan bertambah-tambah lagi bangganya, sebab untuk mendapat kerja dengan kerajaan, bukanlah sembarangan orang. Jarang suami memaksa isterinya berhenti kerja jika bekerja dengan kerajaan walaupun oleh kerana itu mereka terpisah jauh. Seorang berada di pedalaman Sarawak sebagai guru, seorang lagi berada di Kedah pegawai biasa, mereka sanggup bertahan. Kenapa? Kerana isteri bekerja kerajaan itu sangat tinggi nilainya. Orang pun tahu, kalau berkahwin dengan orang bekerja kerajaan, bukan murah hantarannya tu. Itulah yang ada dalam kepala dan perasaan sang suami. Habis, kenapa dia problem? Apa yang tak kena? Sabar, jangan marah. Saya bukan hendak menyalahkan anda tetapi kita memang kena muhasabah diri untuk mencari jalan selesai iaitu solusi. Selagi kita menyalahkan orang lain tanpa mahu sekalipun melihat diri sendiri, tentulah tak akan ke mana-mana.


Tak kira sama ada anda yang sedang baca ni seorang lelaki bergelar suami atau wanita bergelar isteri, apa yang Madam B nak kongsikan di sini khas untuk anda yang mahukan sebuah perhubungan suami isteri berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Tak perlu saya nyatakan sejak kebelakangan ini banyak isu dan masalah rumahtangga melibatkan pasangan suami isteri menjadi perbualan yang tidak enak kita dengar. Bukan sahaja pasangan muda yang mungkin kita tidak hairan tetapi pasangan yang 'berusia senja' turut sama mahu menyumbang kepada peningkatan permasalahan rumahtangga.

Saya ada terbaca satu artikel mengenai masalah rumahtangga berpunca dari banyak perkara bermula dengan sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah. Ini semua cabaran. Rintangan. Orang cakap dugaan dan ujian dalam hidup berdua. Lagi lidah boleh tergigit - ini kan pula suami isteri. Hah begitulah ibarat yang biasa kita dengar.

Bukti ikatan suci semakin bermasalah.

PUTRAJAYA 3 Mac 2016 - Sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi tersebut agak membimbangkan kerana statistik menunjukkan berlaku peningkatan pendaftaran penceraian setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Antara masalah yang menjadi punca utama mereka bercerai ialah lemah didikan agama, faktor ekonomi, campur tangan orang ketiga, masalah seksual, masalah sosial, masalah kesihatan, masalah kerjaya, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi.

Anda rasakan masalah anda sudah terlalu berat, ada lagi yang lebih berat melanda orang lain. Ambil iktibar, ambil pelajaran, ambil pengetahuan dan ambillah motivasi tinggi cara 3E.

Sumber: Suami Unggul

Akhir kata, pesanan Madam B kepada para wanita dah berkahwin atau belum , jika anda serius nak jaga perhubungan bersama suami anda kena tahu apa lagi yang berada dalam kepala suami jika anda dalam kategori wanita surirumah, cerewet, atau kurang cantik. KLIK SEKARANG dan baca panduan Suami Unggul yang boleh jadi berjaya membuka mata anda untuk berubah sebagai pasangan.

Oh ya...

Nak tahu apa pula yang patut isteri lakukan bila  suami seorang yang .....

Tak bekerja, mr. mama, tak rasional, lemah mental, lemah tenaga batin, hensem, taat sangat dengan ibu bapa, kuat bekerja, abai mertua, beristeri ramai, 'putar alam' atau macam-macam lagi...nantikan perkongsian Madam B dalam entri seterusnya. Tapi jika Tuan /Puan semua tak sabar nak tahu kesemuanya dan mahukan jawapan pada masalah rumahtangga yang sedia ada kronik boleh saja DOWNLOAD SEKARANG dan baca sendiri di rumah bila-bila masa.

In syaa Allah bermanfaat.

PS: Madam B dedikasi lagu ini untuk pasangan bermasalah. Ingat ya 'sebalik dugaan itu ada kemudahan'.

 


Post a Comment

0 Comments