Bagaimana Dengan Perbuatan 'Buat Baik Tapi Tak Solat'




Ulama’ bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras.


Saya baru sahaja dapatkan panduan versi lengkap Rahsia Solat. Baru baca sikit. Selain ebook utama (Pdf format) ada 4 atau 5 video mengenai solat. Bagus sangat. Terima kasih pada penulis bernama Ustaz Dr. Hasnan Kasan.  Di Malaysia ni memang agak ramai ustaz tapi ini kali pertama Madam B kenal dengan nama  Hasnan Kasan. Selain menulis ebook beliau ada menulis buku lain seperti Mari Mendirikan Solat.



Baiklah hari ini Madam B nak kongsi sedikit tentang solat. Kita semua tahu solat merupakan tiang agama dan merupakan pemisah antara muslim dan kafir. Lalu bagaimanakah hukum meninggalkan solat itu sendiri, apakah membuat seseorang itu kafir?

Kita juga biasa dengar dengan kata-kata berbunyi begini, "Buat baik konon nak suruh orang kata dia baiklah tu padahal tak solat pun."

Jom kita baca huraian di bawah.

Wallahualam.




Soalan

Seorang muslim yang meninggalkan solat tetapi berpuasa, membayar zakat dan sebagainya, adakah puasa dan amalannya itu akan diterima kerana dia seorang muslim?.Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?

Jawapan

Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalannya menjadi gugur"
[Hadith riwayat Al-Bukhaari]

Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :
Barangsiapa yang meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama" [Al-Taubah: ayat-11]

Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan
mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan
sahaja, katanya:

"Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir."

Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].

SUMBER: Panduan Rahsia Solat


Dapatkan ebook dan video rakaman bengkel pemantapan solat untuk memantapkan lagi ibadah solat kita.  KLIK SEKARANG untuk ketahui 6 Kunci Khusyuk Solat, Adab-adab dalam Solat, Perkara-perkara Makruh yang banyak dilakukan di dalam solat, serta pelbagai lagi ilmu tentang solat.

Post a Comment

0 Comments