Panduan Jadikan Home Tuition Sebagai Bisnes 'Side-Income'


Mahu Cari Side-Income Yang Pantas Dan Mudah Dengan Ilmu Sedia Ada Zaman Sekolah? Panduan Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Sampingan Pantas Dengan Hanya Mengajar Tuisyen Dari Rumah-Ke-Rumah!

Minat mengajar?

Suka kongsi ilmu dan suka bila orang lain pandai hasil tunjuk ajar anda!

Ada cita-cita nak jadi cikgu tapi tak kesampaian?

Paling penting....

Anda nak buat duit sampingan cara pantas dengan ilmu yang ada?

Jom saya ceritakan sikit bagaimana tutor muda bernama Izuan Jalil berjaya buat duit dengan tuisyen. Nak tau bagaimana cara zuan cari pelajar dan berjaya 'pikat hati parents'  mengajar ke rumah pelajar. seterusnya buat income dari situ dengan mudah. Baca dulu semua ni.

Apa Itu Home Tuition ?

Kelas tuisyen yang dibuat di rumah pelajar di mana kita (tutor) akan mengajar secara perseorangan dengan pelajar. Biasanya sesi berlangsung dalam masa 1 hingga 2 jam seminggu sekali atau dua kali terutamanya pada waktu cuti hujung minggu.

Madam B kongsikan di bawah  antara TIP untuk mula jadi cikgu tuisyen. Ini adalah perkongsian Coach Mohd Noor yang popular dalam bidang tuisyen.

10 Tip Bermula Sebagai CikguTuisyen

1. Mulakan dengan mengajar subjek yang disukai atau dirasakan mudah. Contohnya subjek yang anda pernah perform masa belajar dulu.

2. Sentiasa kemaskini perkembangan dunia pendidikan terkini contohnya seperti perubahan silibus, PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), PT3 dan lain-lain lagi.

3. Semak kembali buku rujukan dan buku latihan terbaru di pasaran. Boleh dapatkan di kedai buku-buku utama di Malaysia.

4. Lihat buku latihan terbaru yang berada di pasaran dan cuba buat latihan tersebut.

5. Belajar daripada rakan, mentor dan coach yang berpengalaman dalam bidang ini. Ini yang terbaik mengurangkan risiko buat kesilapan.

6. Hadiri seminar, kursus, program yang berkaitan untuk mantapkan kemahiran.

7. Mencari maklumat perkembangan dunia pendidikan di Malaysia di internet. Silibus terkini, soalan-soalan peperiksaan lepas, nota, bahan bantu mengajar semuanya ada di internet.

8. Berhubung dengan guru-guru yang mengajar di sekolah tentang perkembangan dunia pendidikan. Ini bagi memastikan kita dapat mengetahui realiti sebenar tentang realiti dunia pendidikan dan pelajar sekarang. Ia mungkin berbeza dengan zaman kita dahulu.

9. Berada dalam networking orang yang mempunya passion dan minat yang sama dalam bidang ini supaya dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman selain dapat memotivasikan diri dan lebih berjaya dalam bidang ini.

10. Mempelbagaikan teknik mengajar supaya pelajar seronok belajar dengan anda. Dengan itu, anda juga lebih yakin dan suka untuk mengajar. Dengan sendiri pelajar anda akan lebih cemerlang.

Sumber

Walau macam mana pun Madam B cadangkan anda sendiri kena baca semua TIP dan STRATEGI bagaimana nak bermula sebagai cikgu tuisyen KLIK SEKARANG dan baca perkongsian telus Cikgu Izuan yang berpengalaman sebagai 'cikgu bergerak' sejak 2013.

Dua ebook BONUS jika anda dapatkan panduan Home Tuition:-

Bonus #1 - 5 Tips Pikat Parent

BONUS #2 - 5 Tips Menarik Minat Pelajar!

Selamat mengajar!!!


 

Post a Comment

0 Comments