Panggilan 'ABANG' adalah Yang Terbaik!!!


PANGGILAN TERBAIK PENUH HORMAT DARI SEORANG WANITA TERHADAP SEORANG LELAKI ADALAH YANG BISA MERUNTUN JIWA KALBU SANG ADAM YANG BERGELAR SUAMI.


Siapakah Suami?

Suami adalah husband. Zaman sekarang ramai isteri memilih untuk menyebut hubby. Panggilan manja pada seorang suami boleh jadi darling, ayang, abang, ling, abe, dan sebagainya tapi setelah ada anak panggilan mungkin berubah kepada papa, abah, daddy, paknya, encik abe. Kemudian setelah bercucu sekali lagi mungkin berubah kepada tuk hang, orang tua, tukayah, tukabah dan macam-macam lagi gelaran.


Dalam situasi marah, suami akan dipanggil 'laki' sahaja oleh orang lain. “Laki hang tak bagi makan ka?” atau “Laki aku satu hapa tak boleh harap, taunya makan tidur.”

Laki-bini, merujuk pada pasangan suami isteri iaitu orang yang sama. Namun panggilan akan menjadi gelaran apabila situasi berubah misalnya kurang mesra. Di tengah ramai orang mungkin perkataan darling tak terkeluar, sebaliknya akan ditukar kepada abang sahaja, panggilan normal pada kebanyakan orang.

Tetapi seandainya di tengah ramai pun masih memanggil darling, ia boleh diistilahkan mengada-ngada oleh ramai orang. Sesetengah orang akan meluat oleh keadaan ini. “Meluatnya aku, asyik ling, ling. Kang lama-lama lingkup.” Lebih menjijikkan, di tengah ramai asyik ling, ling, tahu-tahu bercerai. Apa hal?

Panggilan adalah hak peribadi setiap pasangan. Panggillah apa juga gelaran asalkan pasangan senang dengan kita. Usah pedulikan apa orang nak cakap. Ramai yang memanggil suami masing-masing dengan panggilan nama , tetapi kekal juga hingga ke tua. Ada juga yang memanggil dengan panggilan pangkat dalam hereiki keluarga misalnya long, ngah, utih, itam dan lain-lain. Tidak kurang yang memanggil boss, tuan besar  kerana memang seorang ketua jabatan, tauke besar, ahli politik yang berpengaruh.

 Apapun panggilan, PASTIKAN IA ADALAH PANGGILAN YANG DISENANGI. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu bolehlah diubah kepada panggilan menyindir atau bergurau misalnya encik somi, tuan, cif dan sebagainya.

Seboleh mungkin walaupun dalam sengketa panggilan tetap tidak berubah. Kalau dulu masa belum problem panggil ling, ketika di mahkamah panggil jugalah ling. Ia boleh menyentap perasaan. Tetapi berapa ramai yang boleh buat begitu, bukan? Kalau masih ling kenapa pula dakwa dakwi di mahkamah? Oleh itu, panggilan yang sekata pada semua zaman adalah lebih baik. Dalam dunia melayu panggilan abang itu sudah dianggap sebagai panggilan yang mencakupi kesemuanya, ia adalah panggilan hormat, panggilan sayang, panggilan ghairah, malah segalanya.

Oleh yang demikian, ABANG adalah yang terbaik! Dan SAYANG untuk isteri pastinya yang terbaik! In syaa Allah.

Soalan...Anda panggil apa pada suami atau isteri sendiri? Madam B harap anda panggil dengan panggilan yang disenangi pasangan  dan sentiasa berkasih sayang. Selamat berubah ke arah kebaikan.

Sumber: Suami Unggul


Jika ada yang belum baca entri Madam B sebelum ni berkaitan suami unggul boleh klik APA SUAMI FIKIR BILA ISTERI SEORANG ... dan kalau serius nak baca semua rahsia dan panduan untuk faham apa yang sentiasa bermain dalam fikiran suami dan bagaimana anda mahu menjadi ANGGUN di mata suami DOWNLOAD SEKARANG panduan Suami Unggul supaya kita tidak dibayangi oleh pasangan seperti tunggul!!!


PS: My feveret song dengan nafas baru. Siapa yang lahir tahun 80-an pasti kenal boy band 4 beradik The Moffats. Dua dari ahli kini tampil dikenali dengan nama Endless Summer. Selamat mendengar!!!!

 

Post a Comment

0 Comments