Rahsia Solat Sempurna Dan Khusyuk



AWAS!!! TIDAK SAH SOLAT JIKA TIDAK SEBUT 5 BACAAN INI. KETAHUI BAGAIMANA CARA DAN PANDUAN SOLAT SEMPURNA DAN KUSYUK.


Panduan Rahsia Solat ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan berjaya menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat".


13 Rukun Solat Dan Pecahannya:-

Apabila melakukan solat, terdapat 13 perkara rukun yang mesti kita lakukan. Jika tertinggal salah satu rukun ini, maka solat kita tidak sah.

Berikut adalah 13 rukun tersebut dan juga kategori pecahannya.



Antara himpunan ayat-ayat berkaitan solat:-

Solat adalah warisan para Nabi.

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آَتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ ‎وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا 


Firman Allah: Dia (nabi Isa yang masih bayi) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup (Maryam [19:30-31]).


Solat adalah bukti kehambaan manusia dan ketuhanan Allah.


إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Firman Allah: "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha [20:14]).

Orang yang tidak menunaikan solat lebih keji dan hina dari iblis.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Firman Allah: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu (al-Kahf[18:50]).

SUMBER


Moga usaha kecil dalam menuntut ilmu ini sentiasa diredhai Allah. In Syaa Allah.

Dapatkan ebook dan video rakaman bengkel pemantapan solat untuk memantapkan lagi ibadah solat kita.  KLIK SEKARANG untuk ketahui 6 Kunci Khusyuk Solat, Adab-adab dalam Solat, Perkara-perkara Makruh yang banyak dilakukan di dalam solat, serta pelbagai lagi ilmu tentang solat.


Post a Comment

0 Comments