Jana 4 Angka Seminggu Dengan Bisnes Shopee


Mari Mari Mari !!! Jom Berniaga Di Shopee Dengan Betul Dan Buat Jualan 4 Angka Seminggu!


Di shopee pi pi pi pi pi pi pi
Beli baju ju ju ju ju ju
Beli semua mua mua mua mua
Di shopee

Di shopee pi pi pi pi pi pi pi
Beli troli bayi yi yi yi yi
Beli semua mua mua mua mua
Di shopee

Penghantaran percuma ma ma
Semua ada da da da

Ops Madam B pun teruja dengan iklan tv Shopee. Ada apa dengan Shopee ni Madam B?

Ada 'Port Power' Baik Punya Yang Cuba Mereka Kongsikan

Ya! "Port Power" yang saya maksudkan itu adalah website / apps Shopee!
Saya yakin, anda mesti pernah dengar pasal Shopee kan?

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!
Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu!
Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu?
Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu!

Apa Yang Best Jual Barang Di Shopee?

Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada. Ianya sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang! 
Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online!

Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!

Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!

Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!
Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!
Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!

Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!
Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!
Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!

Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari!

Penulis Bukan Level 'Mat Jenin' Tapi 'John Jenin'

Baca dan kenal dulu siapa pemuda selaku penulis yang menggelarkan dirinya John Jenin.

Oh! Minta maaf!

Teruja cerita pasal Shopee, sampai lupa pula nak perkenalkan diri saya!

Baiklah! Izinkan saya perkenalkan diri saya serba sedikit!

Nama saya sebenarnya ialah.. Mohd Fahmi!
Tapi di internet! Saya lebih dikenali sebagai Jenin oleh para pelanggan saya!
Saya sebenarnya dah lama berniaga di Internet! Sejak tahun 2007 lagi!
Sebelum berniaga di Shopee, saya telah berniaga di Ebay, Lelong, Lazada dan juga Amazon.

Pertengahan tahun 2015, Shopee mula dibuka di pasaran Malaysia dan saya adalah antara batch yang terawal yang dijemput oleh pihak Shopee untuk membuka kedai dan berniaga di Shopee!

Selain menerima status Shopee Preffered Seller, saya juga mempunyai rekod sebagaieBay Top Rated Seller dan Lelong Star Seller.

Masalah Dalam Jualan Bertukar Jadi Peluang

Ada 4 kisah tapi saya pilih yang ini...

Kisah #4 - Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit!

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan saya terpanggil untuk mengajar dia menjual di Shopee. 

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.

Hah!... begitulah kisahnya!
Setelah saya bertemu dan mengajarkan beberapa orang kenalan saya ini tentang Shopee dan melihat sendiri bagaimana Shopee ini dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik! 

Ianya telah mengubah pandangan dan menyuntik semangat saya untuk mengajarkan tentang Bisnes di Shopee ini kepada lebih ramai orang lagi!

Jadi.. saya pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa menulis sebuah panduan berniaga di Shopee secara langkah demi langkah!  Selepas hampir 3 bulan mencuri-curi masa di dalam kesibukan mengurus order di Shopee...

Akhirnya.. terhasil lah....

PANDUAN BISNES SHOPEE

More than amazing...

Madam B juga nak bagitau pembaca di sini bahawa dalam beberapa bulan ini Bisnes Shopee dinobatkan panduan yang paling diminati pembaca. Oh sungguh mengagumkan!!! 

Ebook Paling Top Sepanjang April 2019






Post a Comment

0 Comments