Kalau Bukan Ramadan Kali Ini Tak Mengaji Maka Bulan Mana Lagikah?


Salam Ramadan Kareem Ke6...!

Hari ini saya nak kongsi satu inspirasi yang berada di insta yang mana iklannya secara tak sengaja melintasi pandangan saya ketika berinsta dua hari lalu.

Sungguh inilah ramadan bulan suci penuh makna walau kini kami ditakdirkan Ilahi menetap dan berpijak bukan lagi di bumi 'Negeri Serambi Mekah' bermula Mac.  Tak saya nafi seronok berpuasa di negeri orang tahun ini.  Jujurnya rasa lebih tenang dan lebih aman dari segi rohani di sini. Kami percaya kita dianugerahkan perasaan dan pengalaman berpuasa berbeza mengikut niat dan harapan masing-masing. Kerana apa yang  didoakan dari mula biasanya itu bakal kita kecap. Wallahuallam.

Firman Allah di bawah...

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)


Tanda Allah sayang kita ...

Rupanya memang benar dan moga mata hati ini selalu ingat bukan menerusi harta,pangkat,rupa dan kuasa kerana semua itu mereka bukan muslim pun boleh capai. Namun bila Allah akhirnya pilih kita makbulkan doa dan mudahkan tiap anggota badan kita,hati kita, dan segalanya atas diri kita untuk memuji, menyembah, dan melakukan kebaikan dengan hati ikhlas kerana Allah taala. Itu sebenarnya tanda paling kita patut bersyukur. Subhanallah.

Allah 'jentik' hati untuk buat kebaikan bukan?

Allah temukan dan takdirkan kita dengan  sesuatu yang baik untuk diri kita. Alhamdulillah.

Mushaf An Nur by Lisa



Blog The Real Madam Bb ini secara umum direka khas untuk penggemar eguide dan bacaan digital. Jadi pembaca yang singgah berpeluang dapat tahu apa ilmu terbaru berkenaan panduan jana wang sampingan atau apa saja formula dan strategi mengenai sesuatu secara online. Misalnya yang terkini tengah meletup Rahsia Jana Jualan Guna Instagram. 


Tetapi sempena ramadan suci ini saya suka hati nak syorkan jika kalian berminat nak mengaji atau fahami bacaan marilah kita miliki kitab suci unik sebegini dan jana pahala Ramadan 2019.


Anda mungkin berminat nak tahu kelebihan utama An Nur boleh dapatkan info lanjut dengan cara klik dan Follow IG di atas.

Bagi yang belum dapatkan panduan solat dan "serius nak solat dan puasa dengan betul" di bulan ini dan bulan seterusnya boleh muat turun Rahsia Solat oleh Ustaz Hasnan.

Ps: Puasa, solat dan Al-Quran begitu sinonim di bulan Ramadan. Masih belum terlambat jika mula sekarang! 

Post a Comment

0 Comments