Ramadan bulan rahmat, pengampunan dan pembebasan api neraka.


Assalammualaikum.

Salam ramadan ke-14 untuk pembaca muslim. Kita masih diberi peluang hidup dan nafas untuk terus beribadah dan berpuasa di bulan suci.  Alhamdulillah!

12 hb baru ini madam menginjak masuk ke usia 37. Dah nak masuk '4 siri' dan seperti anda saya pun tak tahu apa yang telah ditakdirkan Tuhan Yang  Maha Mengetahui ke atas diri yang lemah lagi kerdil ini. Cuma apa yang boleh dilakukan adalah jangan putus berdoa, teruskan usaha dan imaginkan kejayaan yang positif bakal hadir dalam hidup satu hari kelak.

Teringat pada Arwah Pengasas Dnars Skincare.

Netizen dan rakyat Malaysia dah sedia maklum di atas berita sedih ini semalam. Walaupun saya sendiri 'ore klate' dan tak pernah jumpa dengan arwah,tapi baru semalam saya sedar nama Faziani Rohban Ahmad berasal dari negeri yang sama. Salam takziah dari saya. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang terpilih di sisi Allah SWT. Al -Fatihah.

Marhaban Ya Ramadan!

Syukur lagi dan seterusnya. Hari ini kita masih terpilih berada dalam bulan yang ditunggu dan dirindui. Ramadan bulan rahmat,bulan pengampunan dan pembebasan.

Menurut Ustaz Muhammad Abdullah Alamin, bulan ramadan terbahagi kepada tiga fasa di mana 10 hari pertama fasa rahmat, 10 hari pertengahannya fasa pengampunan dan 10 hari terakhir adalah fasa 'merdeka' iaitu terlepas dari api neraka.

Jauhi yang haram dan bertaubat!

Kita dituntut menjauhi perbuatan yang haram, menyucikan diri dengan bertaubat termasuklah melunaskan hutang kepada individu atau pihak berkaitan dalam mengejar keberkatan dan pengampunan Allah SWT.

Azam 2019 mahu bebas hutang.

Memandangkan kini sudah masuk bulan ke lima bagi tahun 2019 maka sejauh mana kita berada di landasan bebas dari hutang?
Kalau anda ada buat azam baru masa 1 Januari lalu.. adakah semangat untuk melaksanakan azam itu masih berkobar-kobar? Atau sudah padam? Sebab mengikut kajian, 80% individu, akan melupakan azam tahun baru mereka menjelang bulan Februari. Dan hari ini sudah masuk pertengahan Mei!

Jadi bagi anda yang pasang azam nak langsai hutang sempena 2019, saya ada ebook yang dapat membantu dan mengubah hidup kita ke tahap yang lebih baik. Sudah tentu  aspek kewangan.

Panduan Hidup Untuk Bebas Hutang oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, iaitu seorang pakar motivasi disegani di Malaysia pastinya 'buah tangan' yang cukup bermakna selepas Hi Hensem dan juga Suami Unggul.

Ebook bertajuk Jom Bebas Hutang ini mengandungi tips, panduan, prinsip-prinsip kewangan dalam hidup serta pengalaman Dr Tuah sendiri di dalam melangsaikan pelbagai hutang  yang ada di dalam hidup. Ebook ini sengaja ditulis secara santai dan mudah untuk dihadam. Paling mengujakan segala tip yang dimuatkan dalam ebook adalah berdasarkan situasi kehidupan yang sebenar.

Jika benar azam 2019 anda mahu bebas hutang dan kembali hidup tenang mari muat turun dan baca Panduan Bebas Hutang Versi Dr. HM Tuah


Post a Comment

0 Comments