Ramadan Datang Lagi, Puasa Seikhlas Hati!


Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Alhamdulilah. Kita bertemu lagi di tahun 2019 bersamaan 1440 Hijriah. Hari ini satu ramadan. Umat islam seluruh dunia mula jalani ibadah puasa di mana jua berada dalam apa situasi sekalipun. InsyaaAllah dengan izin Allah jua.


Hari ini madam tak akan bercerita panjang walau entri ini mungkin tampak panjang ke bawah. Cukuplah saya singgah sekejap tuk kongsi info terpilih sedia ada di media sosial yang mungkin ada kalangan pembaca tak tahu menahu.

Puasa itu satu ibadah hamba yang beriman kepada Allah Yang Esa. Puasa juga sinonim dengan sahur. Jadi mari kita lihat ada apa dengan  'sahoor'.


KEPENTINGAN BERSAHUR 

- Sokong kesihatan
- Metabolisme
- Kurangkan rasa lapar
- Hidratkan tubuh
- Fungsi otak yang lebih sihat
- Pertingkat kepekaan mental
- Pertingkatkan penghadaman
- Kurangkan lesu
- Bantu kekalkan otot
- Beri tenaga


PETUA BERSAHUR

- Minum air secukupnya
- Hadkan pengambilan garam dan kafein
- Pilih karbohidrat kompleks kerana ia lambat dihadam
- Bekalkan tenaga lebih stabil dan mampan
- Protein bantu bina dan baiki tisu badan di samping menyokong kesihatan imun badan
- Makan buahan dan sayuran yang kaya dengan serat. Ini kerana ia dapat membantu kita berasa kenyang lebih lama serta menyokong kesihatan sistem pencernaan.

Mahu Buat Apa Sepanjang Ramadan?

Madam sama seperti anda.  Masih bertatih dan sedang cuba aktifkan diri belajar lebih mendalam mengenai ibadah. Tak kira dalam konteks solat, puasa, mengaji Quran, dan sebagainya masih jauh ketinggalan. Untung para ibu dan wanita atau sesiapa yang bekerja dari rumah, pasti banyak masa fleksibel boleh kita atur demi ibadah dan kerja mencari rezeki sampingan.

Oh ya, kita sama-sama belajar dan pertingkatkan tahap ibadah ke aras yang lebih tinggi tahun ini boleh? Jom lihat panduan ini saya sempat capture dengan telefon pintar dari akhbar Berita Harian rasanya semasa berada di pusat servis Honda sebentar tadi. Ayuh baca imej di bawah!


Berbuka Saat Dinanti 



Pss: Pastikan amalan pada tahun ini lebih baik daripada tahun lalu. Jangan lupa ya berbuka puasa amalkan 'suku suku separuh'.

Selamat berpuasa!!!

Post a Comment

0 Comments