Salah Satu Amalan Di Bulan Ramadan Adalah Memperbanyakkan Membaca Al Quran


Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam ramadan kareem. Bagi yang muslim saya ucapkan selamat meneruskan ibadah puasa untuk hari ini.

Alhamdulillah.

Dalam buku kecil setebal 126 muka surat Amalan Sepanjang Hayat cetakan April 1993 terbitan Muafakat Enterprise Sdn Bhd yang suami belikan untuk referen bersama sekitar 2016, ada menyatakan tentang keistimewaan bulan bernama Ramadan. Yang mesti kita tetap di minda atau bahasa Inggerisnya 'bear in mind' ia istimewa kerana merupakan bulan puasa, bulan Al Quran, bulan sedekah, bulan solat malam dan bulan sabar! Dan ada doa khusus kita bacakan pada malam ramadan bila tiba pada kita. Dianjurkan solat tarawih dan witir pada malamnya, membanyakkan bacaan al quran juga sedekah, membanyakkan ibadat di malam khususnya malam ke21 hingga malam ke30. Akhir sekali, memilih untuk mengerjakan umrah jika mampu oleh kerana pahala 1 umrah menyamai pahala 1 haji. Hanya di bulan ramadan. Subhanallah.

Mushaf Annur.

Saya baru dalam beberapa hari ni direzekikan sebuah mushaf Al Qur'anulkarim terbitan maktabah al fatih yang ditakdir Ilahi tergerak hati ini selepas 'dijentik' untuk beli melalui hamba Allah di instagram dengan nama 'lisa.mushaf.annur'.

Hari ini pagi ini saya nak kongsi konten dalamnya secara 'roughly' supaya dengan izin Dia jua anda yang singgah di sini akan 'terjentik' rasa untuk berusaha miliki ia demi jana pahala dan keuntungan diri. Tak rugi sebab ini saya selalu percaya aset penting dan deposit kita untuk amalan seterusnya ke negri akhirat kelak. Wallhualam.

Mari saya bawa kalian menelusuri sebagian mushaf ini...





Koleksi dzikir utama...

Di akhir mushaf ada disertakan zikir pilihan, dzikir dibaca pagi hari, di petang hari, tentang info adab dan keutamaan baca al quran, tip adab dan cara membaca al quran dan doa-doa dalam al quran itu sendiri turut diletakkan dalam mushaf an nur ini.


Oh ya sebelum berakhir, jika ada yang mencari panduan solat oleh Ustaz Hasnan boleh segera baca dan muat turun Rahsia Solat.

Ps: Jom solat sebelum kita disolatkan. Puasa tak bermakna jika solat tak disempurna oleh kita.

Post a Comment

0 Comments