Part 1: Tempahan Berbuka Puasa Sempena Anas Rayyan Tiga Tahun Genap



Assalamualaikum.
"Ramadan ...ramadan...ramadan ...Ya habib..."
" Ramadan ... Ramadan...ku mohon usah pergi"

Sedikit korus lagu Ramadan oleh Maher Zain.

Sudah hampir sebulan berjuang di bulan ini dan ia bakal meninggalkan kita tak lama lagi.

Alhamdulilah.

Allah telah bukakan hati kita untuk berbagi, berkongsi dan memberi. Jadi bersempena ulang tahun lahir anakanda pertama yang ke tiga terujanya kami kali ini jatuh pada ramadan. Selepas fikir dan timbang semua apa patut akhirnya.... ini barangkali terbaik kerna kami berdua mahukan selain kek kali ini.

Terima kasih daddy!!!








Mama Nak Duet!!!

Anas budak yang sudah biasa berbagi. Saya cuba biasakannya sejak dari kecil dan dalam doa masa hamilkan dia pun saya  selitkan agar dia hidup membesar menjadi manusia yang prihatin dan tidak kekok berkongsi. Semasa kami sedang agak sibuk memilih menu dan membuat tempahan tiba-tiba si kecil bersungguh meminta dari mama...

"Mama nak duit. "

Saya tak hiraukan oleh sebab tak faham pada mulanya apa yang dia katakan.

Kemudian lagi jerit kecil lagi bersungguh...

"Mama nak duit ...nak duit...!!!"

Alhamdulillah. Anak mama. Anak daddy. Sesungguhnya Anas ini 'rainbow baby'. Sangat istimewa. Thank you Allah.



Lokasi ini di mana ya? Siapa pernah ke sini pasti cam dekorasi dalaman yang saya sempat capture.

Jumpa esok ya!!!


Post a Comment

0 Comments