Part 2: Rezeki Iftar Bersama Famili Kelantan


Pada saat saya kemaskini entri ini kita sudah berada di bulan Syawal.
  • Salam 1 Syawal dan Assalamualaikum pada semua pembaca yang berjaya singgah di blog Madam Bb Dot Com (www.madambb.com).



Sebenarnya saya teringin nak kongsi video muzik takbir raya di sini agar kita akan lebih terasa kebesaran Ilahi serta rahmat Tuhan pada kita selama ini. Tapi apakan daya sudah agak lama saya dalam mod OTG blogging menerusi telefon pintar.


Ada apa dengan Syawal? Selain mandi sunat di pagi raya, menjamah makanan sebelum keluar rumah, berpakaian baru, menunaikan solat sunat Aidilfitri, menziarahi sesama insan dan bermaafan.  Apa lagi keistimewaan Syawal yang boleh kita rasai setelah Ramadan pergi.




Puasa enam.

InsyaAllah tahun ini ada niat nak berpuasa enam. Moga dipermudahkan.

Santai sesi berbuka akhir di Al-Khatiri Cawangan Kubang Kerian. Sengaja foto tertentu cuba saya ambil sebagai momen.





Terima kasih pada ahli famili yang berusaha luangkan masa beberapa jam yang lalu. Masih segar momen berbuka ala ala Arab dan terasa seperti berada di bumi Abu Dhabi. Subhanallah.

Syukur pada Allah Ya Razzak. Terima kasih pada individu belakang tabir yang uruskan proses tempahan VIP 12.

Terima kasih semua.

PS., Syukran pada dua saudara perempuan saya yang sudi menaja manisan coklat. Tastilicious.


Post a Comment

0 Comments