Apabila Ustaz Pahrol Mat Juoi Membuat Perkongsian Mengenai Sifat LALAI


Assalamualaikum sahabat pembaca. Apa khabar semua. Moga ceria dan luar biasa hebat dengan izin Tuhan. Hari ini kita nak baca dan kongsia bersama tentang sifat yang sering kita tak ambil kisah atau tak sedar tergolong dalam golongan tersebut. Adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang lalai??? Nauzubillahminzalik.

Mari baca dan lihat diri sendiri sejauh mana kelalaian menguasai kita. Jom!!!

Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.  Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda2 LALAI antaranya:
1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah:
       -  Tidak fokus,
       -   Sering terlupa bilangan rakaat,
       -   Melewatkan solat,
       -   Kurang solat jemaah.
4.   Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & di meja makan serta menonton tv.
5.   Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.   Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8.   Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9.    Tangguh utk bertaubat.
10.  Malu utk belajar agama.
11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
 _Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._

Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca).

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yang lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Silakan share. Anonymous.

Post a Comment

0 Comments