Bismillah 5


Assalamualaikum. Selamat malam dan selamat pagi pada yang masih berlegar di alam maya. Saya masih menunggu anak kecil seorang ini mengantuk. Masih aktif  bermain dengan permainan di ruang tamu. Belum ada tanda-tanda orang mahu tidur. Izinkan saya berkongsi sesuatu dengan anda. Paling kurang dapat juga jana pahala untuk diri sendiri. Lagi pun ada yang belum tidur bukan? Sebelum itu berSyukur selalu dengan ujian yang DIA bagi. Sesungguhnya manusia itu tidak akan berusaha dan mencari ilmu selagi tidak 'dihadiahkan ' ujian dari Tuhan. Betul kata-kata ini, Tuhan turunkan ujian untuk berikan ilmu. Dan ilmu Allah itu sangatttt luassss. Selain Bismillah 5 ini ada beberapa Bismillah antaranya 3,4,6, dan 9. Semuanya punya khasiat dan manfaat berbeza tapi yang penting beramal dengan salah satu ini mestilah ikhlas dan yakin dengan bantuan Allah SWT.

Post a Comment

0 Comments