Kenapa Wanita Harus Percaya Diri Dan Baca Panduan Misteri Jodoh Cinta Akan Tiba Kerana DIA Ada!!!




Kau tak nampak DIA
Tapi DIA ada
DIA peduli apa yang kau sangka
DIA lebih dekat dari urat nadi
DIA lebih tahu tahu tentang kamu
Bila kau berdoa DIA mendengarnya
Maka waspada apa yang kau minta
Kerna yang sempurna tidak semestinya
Tidak semestinya apa yang kau sangka
Percayalah DIA ada!

Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca? Didoakan sihat dan hebat sekali. Hmmm di atas ini adalah 'rap part' lirik dari lagu kesukaan saya by Nahwan Nur feat. Yasin Sulaiman. Lagu 2018 tapi saya baru  dengar secara tak sengaja di IKIM semasa hati ini sedikit bergelora. Terima kasih Ya Rabb. Solusi ini dari Nya dan sungguh tak terungkap betapa kreatifnya Allah Ya Mussowwir.

Selamat datang ke blog The Real Madam Bb by Madam B. Pagi Jumaat yang menenangkan di bumi Setia Ecohill. Artikel ini saya tulis khas untuk kaum sejenis. Tak kiralah anda dari kategori mana sekalipun termasuklah akak-akak, bonda atau nenda layak saja baca panduan dalam versi ebook. Maknanya cik puan sekalian kenalah muat turun kemudianya baca menerusi telefon pintar masing-masing. Saya yakin wanita zaman sekarang tak kira berapa usia cukup advanced. 

Baiklah, untuk para gadis muda atau lewat usia, ladies, wanita di luar sana, this is for you you!!! Yang sedang menunggu jodoh dan mencari pasangan hidup sehati sejiwa dengan izin Tuhan. Dan yang bersuamikan lelaki kiriman Tuhan tapi ada ada sesuatu di luar jangkaan sedang berlaku. This is also for you!!!


Bak kata Hael Husaini dalam Hajat, "Pasti hajat kamu...kamu...kamu akan ku tunaikan !!!

Pagi ini moga hajat anda tercapai kerana saya sudi berkongsi panduan tulisan Pakar Motivasi Cinta Malaysia! 

Sentiasa ingat kata kata di bawah...
"Jodoh anda adalah apa anda fikirkan. Terus berdoa yang baik lagi hebat"
Setiap penyakit ada penawar. Maka setiap masalah pasti ada jalannya tersendiri. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dan setiap wanita pasti ada jodohnya Sang Pencipta tetapkan sejak di Lauhul Mahfuz lagi. Yang mana nama si dia sudah tertulis untuk kita. Dan andalah sebenarnya 'tulang rusuk' kirinya yang bisa menggetarkan jiwa lelakinya. Tugasan anda adalah berusaha dan berdoa agar terbuka mata hati seluasnya tatkala pasangan bersedia akhirnya sehidup semati melangkah masuk ke dunia anda yang tak sempurna. Begitu sekali fitrahnya. InsyaAllah.

Bersediakah anda wahai gadis untuk belajar dan ketahui cara memikat si adam dambaan?
Baca Edisi Penuh Pikat Lelaki karya Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj

Selamat memikat sepenuh hati lelaki idaman kalbu!

Dan bagi anda wanita yang pernah dan sedang bahagia bersuamikan lelaki kiriman Tuhan..mahukah anda saya tunjukkan satu jalan barangkali mampu betulkan kembali suami puan yang 'seriously' berubah fiil dek dahagakan kasih sayang dan perhatian isterinya?
...Selamat memprojekkan semula suami dikasihi!

Saya biarkan anda seketika bersama naskah misteri di atas dan moga hajat anda tercapai!

PS., [don't marry the person U think U can live with; marry only the person U think U can't live without.] ~ James C. Dobson

Post a Comment

0 Comments