Ruqyah Bagi Anak Kecil Demam


Antara situasi yang merisaukan para ibu bapa adalah kondisi anak kurang aktif akibat demam.

Paling asas bila anak mula demam saya akan segera celupkan tuala kecil dengan air suam dan letakkan di dahi dan bawah ketiak anak.

Kedua, saya bacakan Bismillah 5 dan Ayat ruqyah menahan kesakitan Bismillah (3x), 'Auzibillahiwaqudratih minsyarimaajidu wauhadzir' dan selawat syifa sambil ditiupkan ke dalam air lalu diberi minum dan sapukan pada bahagian tertentu seperti mula, dada, belakang dan kepala.


Ada info bagus menurut doktor pakar drzubaidi.com dan www.gempak.com.



Bermula semalam sekitar jam 5 petang semalam AR mula tunjuk tanda demam dan hari ini batuk dan selsema mula terjadi. Pagi ini saya bawa anak tanpa suami (ada urusan kerja) untuk dapatkan nasihat doktor dan dapatkan ubat di Klinik sekitar Pelangi Semenyih.


Alhamdulillah lepas makan ubat anak sendiri minta untuk tidur. Harap cepat sembuh anak tunggal mama yang soleh lagi kuat ini kerana AR budak yang sukar demam dan biasanya dia kurang sihat kesan daripada berjangkit dengan sesiapa yang tidak sihat sekitarnya. Anyway...doakan anak kecil kami kembali ceria dan aktif bermain dan belajar.


Post a Comment

0 Comments