Ruqyah Bagi Sakit Bahagian Tubuh Badan




Assalamualaikum semua pembaca yang diredhai Allah. Apa khabar? Baik dan luar biasa sihat. Petang ni saya nak kongsi sikit ilmu yang saya pernah pelajari tentang cara nak ubati kesakitan mana-mana tempat di badan sendiri. Baru baru ini dalam dua minggu lalu pasangan sendiri mengadu 'tarik urat' sakit di kiri kaki bahagian peha atas ke lutut. Untuk makluman tak ada pun terjatuh..tiba-tiba bangun pagi terasa sakit. Akibatnya selain tak selesa,susah juga nak bengkokkan kaki.

Ringkas cerita, saya dah sedia beberapa nombor pakar urut lelaki hasil carian rakan jiran dan saudara terdekat. Mujur ada minyak berangin bidara siap sedia kami beli di Kelantan. Oleh sebab urut biasa tak berapa sempurna, saya tawakal sapu minyak berkenaan sambil bacakan ayat di atas 7 kali. Dalam masa dua hari sakit dirasakan berkurang dan ada perubahan ke arah penyembuhan. Positif. Alhamdulillah...yang penting kita sandarkan yakin sembuh hanya Allah yang berikan. Jadi bagi anda yang ada masalah sakit sakit badan boleh cuba buat sendiri di rumah. Kalau tak sembuh juga boleh sila rujuk pakar perubatan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. InsyaAllah.

Post a Comment

0 Comments