Sejauh Mana 'Artis Jemputan' Ini Berjaya Mempengaruhi 'Penonton Baru' Untuk Menonton #ICSYVMY



Dalam minggu ini saya mula buat sedikit kaji selidik dengan nama Hael Husaini. Kenapa baru sekarang. Sedangkan sudah agak lama nama ini wujud di radar media selebriti. Ada yang hairan? Tak perlu hairan kerana ini mesti kes kurang berada di depan kaca tv. Sekarang terbukti, tak semua rancangan 'viral' berjaya membuatkan seseorang itu terpaku menunggu dari awal sampai tamat di depan tv. Tetapi Curi-curi Cinta (saya tonton menerusi Channel Telegram) berjaya curi hati penulis termasuk yang agak terbaru ICSYVMY. Ya, walaupun sedia tahu ini salah satu yang dipanggil 'lagha' a.k.a aktiviti membuang masa sebab ia berbentuk hiburan. Demi masa, manusia itu dalam kerugian. Sedangkan dalam Islam itu cukup sempurna dengan kelebihan dan ketenangan, cukuplah Al-Quran sebagai hiburan hidup ini. Wallahualam.

Secara peribadi, sah-sah yang membuatkan rancangan atau drama itu  diterima penonton dinilai dari sudut sentuhan pengarah, jalan cerita, skrip, mesej, konsep, pemilihan pelakon dan juga tarian.

Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah ia ada kaitan dengan 'game show' saya fikir sedang hit apa lagi kalau bukan ICSYVMY. Tak perlu tulis penuh sebab hos tetap sudah menyatakan ICSYVMY Musim Pertama melebihi sejuta penonton!!! Jadi saya sangat percaya anda yang sedang baca artikel ini pasti satu dalam sejuta.

Diringkaskan cerita. Hasil menonton ia secara tak sengaja baru-baru ini ICSYVMY program realiti hiburan yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan ini kebetulan menampilkan artis jemputan yang tak pernah saya ambil tahu sebelum ini.  Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Bin Razmi berusia 32 kelahiran Negeri Sembilan seorang penyanyi muda dan juga komposer yang sedang laris di pasaran.

Baiklah, anda sendiri teka kenapa ada di kalangan mereka yang kurang ambil pusing dengan hiburan di kaca tv boleh memberi pujian pada rancangan hiburan sebegini. Adakah disebabkan suara artis jemputan yang sedap dijadikan halwa telinga? Atau gabungan aksi tarian dan identiti beliau yang bersahaja. Atau pun gelagat para panel bersama hos rancangan?

RAHSIA! 

Sebab ini adalah rancangan muzik misteri  I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA!!!

Post a Comment

0 Comments