8 Teknik Super Hero Gaya Jutawan Aliff Syukri Penulis Ebook Zero To Hero Dedahkan Untuk Kita



Tahniah pada yang sudah dapatkan ZERO TO HERO semalam. Bagi yang belum tahu dan nak tahu lebih lanjut baiklah hari ini saya dedahkan BIG WHY KENAPA ANDA KENA BACA ZERO TO HERO!!!

ZERO TO HERO TERHASIL KERANA TERLALU RAMAI BERTANYA FORMULA KAYA RAYA PADA DATO' SRI ALIFF SYUKRI...

DAto'Aliff Syukri menceritakan segala rahsia dan apa dia implement (lakukan) dari awal hingga berjaya kaya raya jadi super-jutawan!!!


8 TEKNIK DITULIS SANTAI 

Beliau dah cakap siap-siap semua rahsia ditulis santai dan tak meleret agar kita dapat praktikkan terus tanpa buang masa. Pilih saja mana teknik yang kita nak. Pick and just do it!


#1 BAGAIMANA CARA CARI KEKUATAN SEBENAR UNTUK KAYA

THE BIG WHY. Apakah dia dan kenapa ia penting untuk kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Bila kita tahu apa big why yang kita ada, kita akan tahu cara nak atasi, kemudian kita akan cari jalan dan sanggup hadapi apa saja.  Tapi macam mana nak tahu dan cari big why masing-masing? Kita semua ada big why. Antara sedar dan tak sedar saja. Menariknya Dato' Aliff Syukri akan bantu kita cari big why dengan 4 langkah santai. Subhanallah. Baik sungguh hati beliau.

#2 CARA MULA BISNES MODAL SEDIKIT

Sudah tahu apa big why kita? Maka next plan lebih lancar oleh kerana segalanya sudah jelas. Fasa ini kita akan 'dihujani hujan lebat' bernama 'ujian' dengan petir sabung menyabung. Ini perkara biasa. Tip penting, sabar dan ingat semula semua big why yang kita dah kenal pasti. Dan jangan risau Dato' Aliff akan beri cara urus duit dengan betul dalam Bab Teknik Bonus. InsyaAllah boleh lepas sebab itu kita kena baca apa jutawan muda ini kongsikan. Jom lihat cara cari 'funder'.

#3 CARA CARI 'FUNDER' BISNES

Kata kunci di sini, kita kena rajin dan kena  berani lakukan 'lompatan saujana'. Kalau jenis introvert kita kena bertukar jadi ekstrovert. Kalau malu bercakap kena juga rajin buka mulut dan mula bercakap dengan mana-mana orang yang bakal menghalakan kita ke laluan bertemu kejayaan. Tak boleh sekadar duduk diam dan tunggu rezeki datang. Minda kena ligat fikir apa perlu buat. Next. What next? Selain itu kita kena menjiwai sebaiknya produk yang  kita nak jual. Kena tahu da faham semua kebaikan  dan kekurangan produk . Kena juga sibukkan diri ambil tahu apa yang sering jadi permintaan pembeli dalam negara ni. Contoh paling mudah apa kita kena tahu 3 perkara wanita di Malaysia sentiasa impikan. Nak tahu apa? Semua ada dalam Zero To Hero.

"Time is gold"
"If you do not respect time, you gonna die"
"If you do not willing to take the challenge, you'll definitely gonna die too" - Madam B

#4 CARA CARI EJEN

 Kita akan berpendapat tak semua bisnes kena ada ejen. Tapi untuk luaskan bisnes kita kena berfikir begitu. Biarkan orang bekerja untuk kita. Kita nak bila kita sedang tidur duit sentiasa mengalir masuk ke akaun kita. Apa caranya? Ada caranya. Ejen jawapannya. Tapi percayalah bila bisnes dan produk sudah sampai ke prospek dan pembeli semakin berminat dengan servis kita buat, biasanya kita perlukan bantuan ektra iaitu energi orang lain bagi jimatkan masa dan kos bisnes kita. Percayalah usahakan sesuatu bersama-sama (jemaah) bakal memberi kesan yang sangat manis kemudian hari.

#5 CARA TAHAN DIKRITIK

Dalam bab ini Dato' Aliff ceritakan macam-macam kritikan dan cakap-cakap orang sekitar yang tak sama. Ada yang suka dan tentunya ada yang tak suka dengan apa yang beliau tengah usahakan untuk menaikkan lagi tahap bisnesnya. Bila kita dah ada 'baby' sendiri iaitu bisnes kesayangan , kita kenalah 'take care' dengan penuh kasih sayang. Kita kena fikir apa kena buat dan sanggup buat apa saja iaitu dari segi marketing. Kalau baby susu adalah makanan utama untuk sihat- maka bisnes, makanan utamanya untuk membesarkan ia adalah pemasaran. Kita sebut marketing. Dan di era sekarang media sosial sangat hebat boleh saja bantu kita buat apa saja. Tinggal nak pilih saja mana yang sesuai dengan budaya bisnes kita tu kan. Dalam apa jua yang bakal kita lakukan, kita jadi diri kita yang sebenar. Be original. Be genuine. And do not copy others too much. Be you!!!

PS: Dato' Aliff  antara bumiputera kreatif dan berani tahap dewa dengan media sosial hingga empayar bisnes besar dan kukuh.


#6 CARA BUANG MALU

Ada tip lain dari yang lain begitu unik dari Dato' Aliff sendiri bagaimana nak buang terus rasa malu. Fitrahnya kita manusia memang ada  dalam diri rasa malu. Segan. Tahap segan kita semua tak sama. Ya, betul kita kena ada asa malu. Dalam Islam sendiri dah nyatakan 'sifat malu sebahagian dari iman' dan malu itu sendiri yang menghalang kita dari buat kemungkaran. Tapi dalam bisnes ada masanya kita tak boleh rasa malu berlebihan. Itu semua boleh menyekat kita dari maju ke depan. Saya rasa selain kita 'control macho' ada manfaatnya kita cuba 'control malu' ketika berbisnes. Ingat! Jika kita rasa malu , orang lain pun akan rasa malu nak berkominikasi dengan kita.

"I have reasons to be shy but what I dream of matter me most." - Madam B


#7 CARA URUS MASA

Dato' Aliff sangat uatamakan pentingkan MASA. Bagi beliau sama macam orang luar percaya dan pegang. 'Time is gold'. Betul sangat kata beliau jika nak berjaya kaya raya kena hormati masa. Jangan sia-siakan masa. Jangan sesekali bermain dengan masa. Kita semua sama saja ada 24 jam. Bahagilah masa setepatnya dengan semua aktiviti dan perancangan kita mahukan dalam hidup ni. Sekarang saya percaya....kaya itu masa kita . Dan kita hanya akan kaya dengan masa yang kita ada.

Time is something you cannot buy even when you rich"-Madam B

#8 CARA TAMPIL POSITIF DAN AKTIF

Segalanya bermula dengan minda dan cara kita berfikir. Kena sentiasa ingat Tuhan. Jangan lupa hak Tuhan sebab yang beri rezeki bukan sesiapa termasuk diri kita tapi Tuhan Maha Kaya Dialah Pemberi Rezeki. Bagi penganut agama Islam, kita bertuah sebab Allah sayangkan hambanya walau macam mana keadaan kita. Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah Subhanawataala. Kita ingat Allah sentiasa sudah hasilkan aura berfikir positif dan tubuh badan akan bergerak sama positif. Bila kita positif secara alaminya kita boleh kekal aktif dan sihat. Jangan lupa,sihat tak semestiya kena makan suplemen. Kena rajin keluar dan bertemu dengan alam semulajadi yang hijau dan sedut oksigen bersih untuk kesihatan paru-paru dan otak kita berfungsi.

SAYA NAK BACA SENDIRI APA HERO ALIFF SYUKRI KONGSI DALAM ZERO TO HERO

You are what you eat and live,
Madam B



Post a Comment

0 Comments