Ada Apa Dalam Resepi 'Kuzi Ala Mami' Versi Digital Ebook?


Assalamualaikum. Aha..hari ini masih nak sharing good things tentang content ebook yang masih panas baru keluar dari oven. Alhamdulillah. Tercapai juga impian kecil Madam B nak hasilkan ebook simple 16 pages only.

Macam tak percaya, rupanya bukan usaha dulu baru doa pada Allah. Sebenarnya yang betul...doa dulu...submit doa dulu pada Allah... barulah berusaha. Ini yang saya buat sekitar tiga minggu lalu. Maknanya Allah dulu...Allah lagi dan Allah terus.

Sentiasa ingat..."If you put Allah first, you will never be last"

Dapat Idea Lepas Tonton Video Azizan Osman Pasal 'Submit' Doa Baru Usaha

Saya submit doa pada Allah..."Ya Allah aku nak tulis ebook . Engkau tolong aku pilih apa yang aku kena buat ni Allah. Tajuk apa yang aku kena buat ni Ya Allah."

Tup tup...sedar tak sedar ilham datang just like that..dapat idea..terus contact someone...and then the rest is history.

Allah Hebat Allah Segalanya

Maka terhasil naskah agak 'rare' iaitu panduan mengenai cara nak buat Kuzi Ayam dengan betul bossku. Hebat tak? Bukan saya yang hebat. Semuanya Allah punya kerja. Allah yang Maha Kreatif. Dia yang bagi saya ilham. Saya cuma buat terus apa yang Dia 'guide' saya. Thank you Allah.

Thank you mami. Thank you Mr. DBK and not forgetting an apple of my eyes my son. Without them I could not do this on my own.

Memandangkan saya newbie dalam bidang ebook, ramai pula yang bertanya betul ke  tulis cara nak masak satu resepi expensive? Ya lah kan biasanya semua internet marketer di luar sana sedang sibuk sharing ebook buat duit dengan Shopee, jana pendapatan dengan simkad, buat duit dengan Cloud money, cara jana wang dengan eBay (latest) oh dan banyak lagi.

Baiklah, selaku penulis Kuzi Ala Mami saya dedahkan sedikit ada apa sebenarnya dalam buku resepi tu?

Ada resepi Kuzi Ayam yang sedap di makan dengan nasi minyak, nasi putih, cicah roti biasa dan roti jalan!!!???

Kalau anda berasal, dilahirkan dan dibesarkan di negri Cik Siti Wan Kembang mesti anda kenal hidangan bernama Kuzi. Sepatutnyalah. Tapi kalau tak tahu menahu apakah Kuzi, sila bertanya pada ibu atau nenek kalian. Kuzi antara hidangan 'ore Klate' ketika kenduri atau keraian yang bukan biasa-biasa. Memang popular sangat. Bukan senang nak makan Kuzi. Kuzi tidak ada semasa bulan puasa di bazar ramadan. Setahu saya. Tiada di kedai makan atau restoren masakan panas. Ia bukan menu yang boleh kita beli di tepi jalan. Ia satu hidangan bukan 'beshe-beshe' bahkan klasik lagi eksotik...sebab ada kaitan dengan Timur Tengah.

Saya Nak Miliki Resepi Kuzi Ayam Dan Masak Sendiri Di Rumah

Apa kandungan dalam Kuzi Ala Mami?

Ebook ni sangat nipis tapi padat dan jelas dengan info mudah faham. Definisi Kuzi bagi yang belum kenal maka tak cintalah jawabnya - jadi saya akan pastikan anda jatuh cinta dengan Kuzi., senarai semua bahan diperlukan, persediaan bahan awal yang kena buat sebelum mula masak, terus kepada cara memasak Kuzi, tip memasak Kuzi,  kenali 1 'stigma' rahsia untuk bangkitkan aroma, rasa dan warna, trivia, dan di mana nak beli rempah. Saya tulis siap maklumat FB, IG dan No HP pembekal rempah Kuzi terpilih yang kita gunakan selama ini.

Anda boleh lihat blurry teaser di bawah bagaimana saya hasilkan Kuzi Ala Mami 100% menggunakan Oppo A83.

Are you game (Adakah anda berani)???





Ps. Nak Berjaya...Buat Dulu 'Marketing' Dengan Tuhan

Kuzilicious,
Madam B

Post a Comment

0 Comments