Antara Fantasi Tun Mahathir Satu Ketika Dahulu Dan Sejauh Mana Kita Merdeka



Assalamualaikum. Salam Merdeka!

Madam B nak ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 62 bagi semua pembaca blog The Real Madam Bb tahun ini.

Alhamdulillah kita semua masih lagi warganegara Malaysia. Tanah air ku. Tanah tumpahnya darah ku. Selamanya Malaysia!

Masih belum terlewat hari ini sambutan Merdeka yang jatuh setiap 31 Ogos setiap tahun.

Bagaimana dengan semangat kemerdekaan kita? Merdekakah kita selaku rakyat di tanah air sendiri? Apa makna merdeka buat anda? Apa istimewanya merdeka pada diri kita? Semua orang tahu Malaysia salah satu negara merdeka. Memandangkan secara terang-terangan kita tidak lagi dijajah penjajah asing, namun kita harus sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menempuhi hari-hari mendatang. Terlalu banyak cabaran dan halangan untuk kita menikmati kemerdekaan selama ini. Merdeka untuk kita perolehi sebenarnya bukan mudah. Paling mudah merdekakan dahulu diri kita. Diri anda dan diri saya juga.


Merdeka kan diri dari sifat mudah mengaku kalah,
Merdekakan diri kita dari suka buang masa,
Dari suka mencari kesalahan orang,
Dari suka bangga diri,
Dari suka melagakan sesama sendiri,
Dan dari suka memilih untuk tidak membaca.

Sebaliknya kita mesti memilih untuk...

Ayuh berkongsi ilmu dan informasi,
Ayuh maafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain,
Ayuh kasih mengasihi sesama insan,
Ayuh berusaha mencapai impian,
Dan ayuh mulai menulis semua yang kita rangcang.

- Madam B

Gabungan dua minda.



Di hari yang penuh bersejarah bagi kita, saya kongsikan apa saya perolehi dalam buku tulisan S.H Alattas yang beliau tulis hasil inspirasi seorang mentor yang juga individu terkenal Dr. Azizan Osman.

Setelah separuh buku saya baca saya dapati S.H Alattas lelaki ini individu melihat jauh ke depan,  berani menulis dan nampak apa yang penting dalam hidup ini semestinya kekayaan dan ilmu. Dan sangat menyedarkan  memang betul kemiskinan dan tiada ilmu itu menyukarkan kehidupan. Kerana itu kita manusia kena pasang impian untuk jadi kaya. Simpel.

Industri Buku Dan Perkataan Menurut S.H Alattas.

"Mahu buku laku jadi 'best seller' kena pandai promosi. Apa pilihan kita adalah selaku penulis dan pemikir. Menghadiahkan buku pada orang tertentu satu cara promosi, produk yang terbaik adalah sebaran, cakap yang bertiti dari mulut ke mulut.

Satu perkara lagi kata beliau:

"Mahu jadi kaya, perlu kenal orang kaya, berkawan dengan mereka." -S.H Alattas

"Life is like a riding a bicycle, to keep your balance you must keep moving."-Albert einstein

"Mahukan isteri yang baik mesti punya tanggungjawab, bagi makan, minum, dan tempat tinggal yang baik. Mahukan anak yang baik, mesti hantar ke sekolah yang terbaik 'private school' . Lebih baik jika menuntut di Universiti luar negeri semua ini memerlukan wang yang banyak."- S.H Alattas

Keutamaan kediaman dan kejiranan  menenangkan.

"Kita jangan lupa kita disuruh mencari tempat tinggal dan jiran yang baik. "-S.H Alattas

Jika kita hidup dikelilingi oleh jiran kelaparan, boleh ke kita tidur nyenyak melainkan kita tidak beriman." -Pesanan Imam Ali

"Tidak akan dapat didirikan agama itu melainkan dengan harta benda dan kewangan.(dinar dan darham)
-Al-Hadis

"Pertama, untuk jadi kaya dan berjaya mesti cepat bertindak dan tak buang masa. Terhegeh-hegeh bila nak kaya? Contoh selepas balik dari mendengar ceramah Dr Azizan saya terus 'bertindak', tulis buku... siapa tahu buku ini boleh jadi international best seller? Mereka yang mahu berjaya mesti mengmbil tanggungjawab terhadap semua, tindakan mereka dalam mencapai impian, tak boleh sekadar angan-angan,berdoa tanpa 'tindakan'. - SH Alattas

Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan. -Billi Lim

"The eye sees only what the mind is prepared to comprehend. "- Henri L. Bergson

Wang Tak Layak Disembah

"Wang penting, jangan sembah wang. Wang bukan Tuhan biarpun ramai yang menjadikan wang sebagai Tuhan. Ramai yang jadi kuffar kerana ketiadaan dan memerlukan wang. Kita semua memerlukan wang untuk mengimbangi kehidupan supaya hidup bhgia.  Kita perlutauhid,iman,ikhsan, dan taqwa.

Tuhan suruh kita berusaha untuk menjadi kaya raya di atas muka bumi asal kita tak sesaat melupakan dia.- S.H Alattas

Paling menarik ada sesuatu yang saya temui dalam buku ini yang saya mahu anda juga tahu mengenai...

 Fantasi Dato' Seri Dr.  Mahathir Mohamad:

"Saya mimpikan sebuah negara di mana tiada siapa yang papa -setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat - sebuah negara di mana setiap anak kita menikmati pelajaran yang secukupnya agar nanti, bila tiba masanya,mereka akan berkemampuan mengambil alih tanggungjawab dari ibu bapa mereka - lebih-lebih lagi, saya memimpikan sebuah negara yang akan dihormati dan dicontohi oleh setiap negara lain di dunia ini."

 -  5 April 1982

"Kita perlu mempunyai fantasi terhadap negara itu sebahagian dari iman namun sebelum dia berhenti dia mengingatkan rakyat Malaysia bahawa  'ada perjuangan yang belum selesai'. Siapakah diantara rakyat yang mempunyai fantasi untuk menjadikan mimpi Mahathir sebagai satu kenyataan dan meneruskan perjuangannya?" -S.H Alattas

"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN"

Merdeka!
Madam B


Post a Comment

0 Comments