Bagaimana Cara Buat Kuzi Ayam Dengan Betul, Sedap Dan Ada Ummphh


Assalamualaikum. Salam Aidiladha pada umat Islam khususnya. Tahun ini kami beraya di perantauan saja. Tak jauh. Nun hujung Selangor dekat sempadan Negeri Sembilan. Seronok kali ini lihat suasana Raya Korban di negeri orang. Terima kasih pada bapa saudara dan isteri di Kajang yang sudi jemput kami bertiga beraya si rumah mereka. Alhamdulillah hidangan semua sedap belaka. Pandai isteri bapa saudara saya masak untuk suami dan anak-anak mereka yang semuanya perempuan dan sudah besar.


Sudah lama saya mengidam nak makan daging 'fresh'. Kalau di Kelantan sangat mudah dapati daging lembu kampung. Di sini tiba-tiba terasa sukar padahal ada di pasar utama. Paling nikmat, Allah gerakkan hati hambaNya dan kami dihadiahkan hampir sekilo lebih daging korban yang direzekikan mereka. Cik Za kata apa salahnya kita berkongsi rezeki.  Merasa juga rupanya. Nampak tak? Rezeki Allah yang beri bukan kita yang cari. Kita hanya perlu jemput rezeki dan hubungkan silaturrahim. Wallahualam.

Baiklah, hari ini Madam B rasminya nak umumkan 'produk digital' terbaru yang saya tulis sendiri dalam versi elektronik setebal 15 muka surat sahaja. Resepi masakan klasik turun temurun berasal dari Kelantan. Dipercayai dari Kelantan walau ada cerita di Johor pun ada masakan ini.

Dan lebih tepat orang Kota Bharu sahaja yang tahu masak dan miliki resepi ini. Dan memandangkan kami datang dari susur galur orang Kota Bharu maka saya nak semua orang merasa sejauh mana kesedapan hidangan klasik ini yang popular ketika majlis tertentu sahaja.

"TERIMALAH RESEPI INI DARI KAMI ORANG BIASA..."


Bismilahirahmanirrahim...

Dengan ini saya dengan rasa syukur merasmikan Kuzi Ala Mami sebuah panduan langkah demi langkah dari A -Z cara penyediaan Kuzi untuk tatapan semua.

Tempahan kini di buka bermula hari ini hanya menerusi saya sahaja.

Ada syaratnya bagi pemilik resepi ini setelah kami perturunkan cara memasaknya maka anda tidak dibenarkan mengedar dan menjual ia semula pada pihak lain sama ada secara percuma atau berbayar!

Sangat eksklusif sebab belum pernah kami kongsikan resepi 'mahal' sebegini terbuka. Sudah lama kami simpan dan rasanya sudah tiba masanya kami berkongsi ilmu dengan orang ramai iaitu anda ...Netizen.

Berminat nak tahu apa bahan asas,cara masak yang sebenar, bahan rahsia, tip dan cara makan yang biasa kami makan dengan Kuzi?

Boleh...saya cakap terus terang penyediaan agak remeh dan bila sudah masak sedap mengalahkan kari mahu pun kurma...tapi saya mudahkan anda dengan panduan langkah demi langkah di dalam. Dari senarai semua bahan asas dan rahsia hinggalah pada siapa anda perlu hubungi untuk beli rempah Kuzi yang hanya ada di Kelantan. Oh My Allah (OMA). Thanks goodness.

Kuzi bila dah siap sesuai dan sedap di makan dengan nasi dan roti. Nak tahu lanjut kena beli dan baca panduan yang saya tuliskan dalam masa dua minggu ini. Paling best tak pedas, sesuai bagi anak kecil kita makan. Sangat istimewa!!!

Klik pautan whatsapp di bawah saya akan cuba hantarkan maklumat pemilikan secara sah kepada anda.


Jumpa lagi.

"Now everyone can cook and eat Kuzi"

Good food good mood,
Madam B

Post a Comment

0 Comments