Madam B Dedikasi Lagu 'Ku Lepas' Untuk Diri Sendiri


Ku sedari saat hati
Terasa sunyi tanpa mu
Rapuh jiwa yang kau tinggalkan
Rasa rindu ku tak tertahan kan

Tapi ku yakin semua akan ada jawabnya

Kulepaskan diri mu dengan cinta
Yang tulus dari hati
Tak akan ku jauh dari diri mu
Selama nafas ku hembus

Kini kau telah temu kan kembali
Cinta sejati dalam hidup mu
Rapuh jiwa yang kau tinggalkan
Rasa rindu ku tak tertahankan
Tapi ku yakin semua akan ada jawabnya...

Kulepaskan diri mu dengan cinta
Yang tulus dari hati
Tak akan ku jauh dari diri mu
Selama nafas ku hembus

Assalamualaikum. Salam hormat. Hari ini mencuba untuk singgah juga di rumah maya setelah kesibukan tahap pertengahan minggu ini. Ah...kita sama sahaja bukan. Sibuk itu tanda kita manusia biasa.

Sudah baca lirik di atas? Lagu ini tidak silap saya sudah berusia 8 tahun. Ya, inilah dia Ku Lepas oleh Stephen Rahman Hughes pelakon dan penyanyi kelahiran London England tapi berdarah Melayu. Antara lagu lain juga sedap didengar adalah cinta masih ada, expressi, sejuta rasa, hati berbisik, dan di ribaan cinta. Aduh...begitu klasik sekali tajuknya. Anda kena dengar sendiri.

Terlalu sering mendengar yang sama, kini saya mula menyukai Cinta Masih Ada. Dengarkan betul-betul lirik lagu ini ada unsur perjuangan dan kepercayaan dua insan yang bercinta agar saling percaya dan bergantung pada Tuhan.

Bagi penggemar Lagu berentak melodi lama tapi ada sentuhan moden balada atau pop R&B seperti saya irama muzik sesebuah lagu boleh saja menjadi sumber inspirasi untuk berkarya. Tak kiralah Inggeris atau Melayu. Yang pasti lagu-lagu yang saya pilih untuk dengar ada elemen 'rare' diiringi lirik indah, catchy dan menyentuh hati. Oh ya, tapi Ku Lepas bukan bagi siapa-siapa tetapi diri sendiri kerana sinonim dengan cinta Tuhan dan cinta sesama kita. Keduanya sekali. Ini baru lagu yang serius sebuah lagu yang baik.

Cinta Pada Tuhan.
Bercakap dalam konteks sebagai hamba Tuhan dan manusia makhluk ciptaan Tuhan, ada masa insan akan merasai sunyi,sepi dan tiada arah. Segalanya ada berkaitan dengan hidayah. Dan Allah Maha Baik Dia sesunguhnya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Sebagai hamba bila diberi petunjuk diri biasanya lebih berasa tenang dan hidup ini sesuatu yang menggembirakan kita. Tanpa Tuhan iaitu Allah kita tak akan pernah mampu pergi sejauh yang kita lalui sehingga kini.

Antara sedar dan tak sedar, suka atau sebaliknya kita mesti terima ketentuan Tuhan dengan rasa baik sangka. Terima takdir sebaiknya dan sabar dengan 'hadiah' bernama ujian dan kekurangan. Lepaskan diri kita untuk hidup sehidup-hidupnya dalam kehidupan yang merupakan jambatan untuk kita hidup sebenarnya nanti di negeri akhirat. Dan paling penting lalui kehidupan dengan hati bersih. Jangan marah marah dan buruk sangka serta menyusahkan orang lain untuk kepuasan diri. Dan di kala kita mula rasa seperti tersesat jalan, segera kembali pada Tuhan, berdoa dan mohon petunjuk untuk tetap berada di landasan lurus di sisi Nya. Jangan sesekali sekutukan Tuhan Yang Satu. Allah Maha Esa. Hanya DIA yang satu.


Lagu ini seolah saya 'nyanyikan' dan nasihatkan pada diri sendiri yang semua ujian, masalah dan kesusahan yang berlaku dulu-dulu  ada hikmah dan Allah hendak mendidik hambaNya lebih baik dari yang asal. Allah tahu apa cita cita dan impian paling dalam kita. Hanya Dia yang tahu melebihi dari apa kita sangkakan. Dan DIA tahu sejauh mana kuatnya kemahuan kita nak mencapai bintang impian.


Sekarang, kita sendiri harus lepaskan diri menuju ke arah kebaikan. Kita mesti lepaskan diri untuk berdikari dan bangun kembali setelah dengan jayanya mengutip ilmu-ilmu yang Tuhan izinkan kita perolehi selama berada di fasa kejatuhan. Bermula hari ini, mari kita lepaskan saja semua kesakitan dan ketakutan yang menutup cita-cita untuk berjaya dan kaya. Percayalah Tuhan tahu apa yang kita perlukan di dunia ini berbanding apa kita inginkan. Wallahualam.

Dengarkan bersama Ku Lepas.


Living the dreams,
Madam B

Post a Comment

0 Comments