Pertama Kali Sertai Kelas Ghostwriter Dan Dunia Ghostwriter Yang Ramai Belum Tahu Kewujudannya


Sekitar tiga minggu lalu saya masih ingat ada satu iklan tentang kelas penulisan melintas masuk ruang media Facebook saya. Apa yang saya masih ingat terdapat perkataan 'weird'  saya sendiri belum pernah dengar iaitu 'ghostwriter'. Keduanya Upah Menulis Dot Com dan terakhir produk ebook yang ada unsur 'confessions'. Tiga entiti di atas. Dulu biasa dengar lagu Usher. Ada judul confession dalam salah satu lagu penyanyi berkulit gelap ini. Semua tahu buka kamus conffess bermaksud mengaku. Dan confession bermaksud pengakuan bila diterjemahkan. Terasa menarik dan ada sesuatu sangat dengan semuanya. Jadi apa salahnya saya 'investigate' laju-laju. Tak susah dan tak bahayakan diri pun sebab hanya klik pautan diberikan untuk baca beberapa kali, fahamkan dan hadamkan semua maklumat. Jiwa yang sinonim dengan penulisan sudah mula 'bergetar' dengan iklan kelas online ghostwriting yang bakal berlangsung bulan Ogos 2019.

Pendekkan cerita, sehari sebelum kelas ada wanita dengan nama lembut bunyinya iaitu Suzana mula Whatsapp membawa peringatan dan saya mula tersedar yang pembayaran dan persediaan belum dibuat. MasyaAllah.

KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR 17 - 18 OGOS 2019

Assalammualaikum  Cikpuan & Tuan.

 Peserta Kelas Online Ghostwriter Junior, boleh *request masuk ke Group Kelas Online Ghostwriter Junior 17 - 18 Ogos 2019*

InsyaAllah kami akan accept request tuan puan di LINK ini :

https://www.facebook.com/groups/(yesecret)

Terima kasih 😊

💜 Suzana Suliman
*Upahmenuliscom*

Gracias cikpuan Suzana dengan info berkenaan.

Informasi kedua pula menunjukkan kelebihan kelas online ini.

ISTIMEWA KELAS ONLINE INI : 

✔ Kelas online 2 hari
✔ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Surirumah, pelajar, bisnesman, bekerja
✔ Boleh sertai bila-bila masa sahaja. Laksanakan tugasan yang diberikan mengikut waktu anda sendiri.
✔ 6 Modul Rahsia Dunia Ghostwriter Junior
✔ Nota yang lengkap, padat dan mudah difahami
✔Yuran sangat berbaloi untuk 2 hari kelas online

..............................................................................

6 MODUL yang bakal dipelajari :

1) Mengenali Dunia Ghostwriter

2) Kenal pasti potensi diri sebagai ghostwriter.

3) Personal Branding sebagai ghostwriter

4) Memasarkan diri dan pitching sebagai ghostwriter junior.

5) Servis menulis artikel

6) BONUS : Bagaimana menulis proposal buku?

Sangat fleksibel bukan???

Ditambah lagi dengan kemudahan di bawah yang sangat disukai ramai wanita yang bekerja dalam rumah bersama anak-anak kecil.

"Tidak perlu berada di hadapan komputer sepanjang masa. 😍
Cuma nanti ada task mudah kena buat."

Apa itu ghostwriter? Atau penulis upahan?

Nampak sahaja perkataan 'ghost' kita akan terbayangkan hantu. Seandainya 'hantu' yang muncul dalam minda, anda silap sama sekali! Ghostwriter atau bahasa Melayunya dikenali penulis upahan adalah individu A yang diupah oleh individu B untuk melakukan tugasan dan kerja berkaitan menulis bagi pihak individu B. Dan nama individu A tidak boleh ada terpampang pada hasil tugasan yang telah siap. Begitulah cara dan proses yang berlaku mengikut perjanjian antara dua pihak.

Mahu lagi definisi jelas tugasan ghostwriter?

Seorang penulis yang mengambil upah menulis artikel, buku, teks ucapan, proposal dan lain-lain dengan bayaran tertentu dan mengikut masa serta syarat yang ditetapkan. Dan mengikut perjanjian nama penulis yang menghasilkan tugasan itu tidak tercatat pada hasil kerja yang siap.

Madam B baru tamat kelas pertama kali dalam dunia ghostwriting. Teruja dengan objektif dan input yang bakal diperolehi beliau sertai juga kali ini. Selain ada tugasan mudah dan sukar perlu kami siapkan, kalau ditanya ini sebuah kelas yang lebih dari sebuah kelas yang bukan untuk mereka yang berimpian 'beshe beshe' cuma. Boleh pergi jauh dan 'terbang tinggi' selepas ini kalau cepat buat (fast) dan ada disiplin dalam komitmen.

Baca testimoni ikhlas dikongsi di dinding Facebook Madam B mengenai Kelas Ghostwriting yang beliau sertai. 

Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillahirabbilalamin, segala puji dan syukur kepadaAllah  Ya Musowwir. Dengan izin-Nya saya dapat tamatkan Kelas Online Ghostwriting bermula Sabtu dan Ahad secara atas talian (online).

Terima kasih pada Founder Upah Menulis Dot Com, Puan Nordianah Bachok di atas semua 'sharing' dan 'guide'  berkenaan dunia penulis upahan atau lebih dikenali 'ghostwriter'. Selain manfaat dari segi ilmu, bagi saya kelas ini antara yang menarik dan 'rare' pernah saya sertai selepas kelas menulis ebook satu ketika dahulu juga secara online.

Kelas ini dihadiri sekitar 10 individu lain dari pelbagai latar belakang. Kami dibekalkan dengan nota-nota asas sebagai referen untuk kenali lebih dekat dunia seorang ghostwriter. Diberi tugasan tertentu termasuklah latihan kenal pasti potensi diri dan bagaimana caranya melakukan personal branding selaku ghostwriter junior. Kami juga didedahkan dengan pemasaran diri berkesan sebagai persediaan sebelum bertemu pelanggan pertama dan seterusnya. Serius, saya percaya kelas ini adalah permulaan yang cukup mengujakan semua peserta dengan perkongsian ilmu mahal dan rahsia menjadi penulis upahan.

Sebelum saya lupa, jika anda masih mencari dan memerlukan khidmat saya dalam penulisan berbentuk artikel dan kandungan untuk blog atau web boleh hubungi Madam B di pautan mudah https://ghostwriterbymadambb.wasap.my/

Harapan saya agar kelas ini  adalah episod baru yang saya nantikan selama ini untuk menjadi penulis upahan. Semoga skil dan kelebihan diri kali ini mampu memenuhi keperluan anda yang memerlukan khidmat seni penulisan saya. InsyaAllah.

*Pengumuman. Saluran FB Madam B kini hanya berfungsi untuk kerja berkaitan ghostwriting, blogging dan affiliate sahaja. Tiada ruang untuk rangkaian famili jauh dan terdekat berada dalam radar terbaru. Semua urusan komunikasi membabitkan famili Madam B hanya sediakan saluran offline, blog, call dan mesej Whatsapp/Telegram sahaja. Harap maklum.*

Pheewww.

Setelah sejauh ini dari atas sampai bawah anda baca pengalaman dan penerangan saya tentang Dunia Ghoswriter....saya tahu anda berminat bukan?

Mengaku sahajalah, usah segan sebab malu melakukan perkara ada kebaikan tidak membawa kemajuan pada diri.

Klik pautan di bawah untuk mula 'chup ' tempat kelas ghostwriting.

SAYA NAK CHUP TEMPAT KELAS GHOSTWRITER JUNIOR!!!


Write on time,
Madam B

Post a Comment

0 Comments