19 Inspirasi Pencetus 'Mood' Menulis Oleh Pengasas Upah Menulis Dot Com



19 Alat Bantu Ini Dikatakan Pencetus Mood Menulis, Ramai Kata Nombor 8 Benda Wajib!

Menarik betul hasil kajian rambang yang saya buat di Facebook ni.

Jom kita tengok, anda pula perlukan yang mana satu?

1. Lagu atau muzik yang sesuai untuk dapat ilham. Ada yang suka lagu rancak, ada yang suka lagu santai dan ringan.

2. Aircond, nak bagi sejuk selesa. Idea laju mengalir macam sejuknya air tu.

3. Tekanan atau sense of urgency seperti tarikh akhir menghantar penulisan

4. Suasana yang tenang seperti laut atau untuk ibu-ibu ni suasana ketika anak-anak tidur

5. Meja dan kerusi yang selesa. Kalau atas katil pasti idea masuk dalam mimpikan? Sampai bila pun tak keluar.

6. Buku catatan. Ada yang suka fancy berwarna-warni dan ada yang suka kosong sekadar menulis draft awal idea kasar mereka.

7. Telefon bimbit bateri penuh atau laptop. Ini antara peralatan penting untuk pastikan apa yang ditulis terbit atau disimpan dalam disk. Jangan lupa simpan dalam emel atau Google drive ya. Hilang, nangis tak berlagu nanti.

8. Kopi dan Coklat panas sebagai pemangkin atau pencetus idea. Inilah yang dikatakan WAJIB tadi. Setuju majoriti perlukan ini?

9. Cita-cita atau BIG WHY. Ini sebenarnya sumber mood paling penting. Tiada big why, semuanya dibuat sekerat jalan.

10. Al-Quran terjemahan sebab terlalu banyak content di dalamnya. Benar sama sekali. 1001 idea dalam Quran, merentasi zaman dan aspek kehidupan. Tema manusia, rezeki, perkahwinan, buah pisang, kapal laut pun ada disebut dalam Quran.

11. Internet yang laju untuk cari info. Tidak asing lagi. Ini memang perlu ada cuma perlu jaga fokus dan jangan tenggelam melayan media sosial pula. Jadi ralit akhirnya sehari tiada apa yang ditulis.

12. Perut yang kenyang. Bila perut kenyang, fikiran pun cerdas nak menulis. Bukan terlalu kenyang sehingga mengantuk ya.

13. Ada yang kata semua di atas tak perlu, hanya tekan suis MOOD dan dia boleh terus menulis. Ini yang dikongsikan sahabat saya seorang penulis skrip.

14. Cahaya terang. Betul juga ya, cahaya malap boleh buat mengantuk. Apa pun terpulang kepada masing-masing.

15. Air suam. Selain minuman berperisa memang ada penulis perlukan air suam memanaskan enjin minda mereka. Tip yang bagus.

16. Tengok gambar-gambar di google. Betullah ya, sebuah gambar menceritakan 1001 kisah. Ini juga satu alat bantu terbaik dapat mood menulis.

17. Baca kata-kata hikmah. Biasanya ia dalam bentuk kata-kata inspirasi yang pendek, padat dan betul-betul tepat dengan apa yang nak disampaikan.

18. Lihat awan. Fikiran rasa lapang, jadi idea boleh terbit jelas satu persatu seperti putih bersihnya awan.

19. Bersembang dengan orang lama. Mereka sangat banyak menyimpan peristiwa, petua dan nilai yang mahal.

Begitulah, ada orang perlu bantuan luar dan ada orang hanya perlukan suis dalaman diri untuk ada mood menulis.

Apa pun jangan berhenti menulis yang BAIK-BAIK sebab mungkin inilah salah satu asbab kantung pahala kita penuh tanpa
disedari.

-Nordianah Bachok
Pengasas UpahMenulisCom

Post a Comment

0 Comments