Impian Tampil Sebagai Penulis Prolifik Belum Berjaya!



Ketika menulis ini, saya bukan berada di hotel seperti segelintir penulis yang kini mungkin berada di hotel atau tempat lain yang mampu mencetuskan curahan idea. Saya berada di rumah bersama sang zuriat kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh selama usia tiga tahun tiga bulan.

Malam ini juga bukan kali pertama, kami berdua akan tidur bersama tanpa seorang lelaki yang bergelar ketua famili. Masih bertuah setiap kali terpaksa ditinggalkan, dari luar jelas dan ketara semua bunyi suara penghuni dan peralatan memasak dari ruang dapur yang dekat antara satu sama lain. Kesemua suara dan bunyi yang ada ini adalah hak milik penghuni yang berada dalam pangsapuri yang saya kira 'bertaraf 3 bintang'.


 Jika sunyi, seperti hotel. Tapi jika banyak bunyi, tidak ubah seperti hostel. Terutama waktu hujung minggu.


Hari ini, Alhamdulillah saya sedang menaip menggunakan Oppo A83 'again and again' mengenai perkongsian komponen penting melibatkan dunia orang 'berjiwa seni' iaitu penulisan. Dalam bahasa inggeris kita namakan 'writing'. Saya harap ada di kalangan pembaca blog saya seorang peminat penulisan dan buku. Malam ini saya menulis penuh berseni bukan main-main. Tapi tetap santai gaya tersendiri.


Terpilih menjadi salah seorang peserta "Membara Karya" oleh Norden Mohamed pada Sabtu terdekat ini membuatkan rasa gembira dan suspen bergabung dalam diri yang kerdil. Saya suka letakkan diri sebagai pemain affiliate satu ketika dahulu. Tapi kini saya masih pemain yang sama cuma berbeza. Ada sedikit penambahbaikan demi menggilap 'permata' bergelar bakat dalam diri. Saya percaya bakat itu anugerah dari Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang diimpikan hambaNya.

Pembaca yang dihormati, adakah anda jua peserta Membara Karya. Jika YA, jumpa di sana. Jika TIDAK mari saya beritahu jalannya yang lurus sebelum berliku.

Di bawah ini saya reshare perkongsian seorang lelaki, novelis genre aksi, yang juga penulis kritik sosial dalam media sosial Facebook beliau sendiri.


"ANDA PENULIS YANG BAIK,
TETAPI MENGAPA MASIH BELUM DIKENALI?

TAHNIAH kerana anda sedang menulis buku. Dan anda juga sedang mengembara sendirian kerana menulis adalah suatu aktiviti yang personal. Selain daripada penulisan, pelbagai persoalan lain mula singgah dan mengusik tumpuan anda.
Siapa nak baca buku aku? 

Penerbit nak terima ke buku ini?
Bila tercetak esok, buku ini dapat sambutan ke?

Persoalan-persoalan ini boleh melunturkan semangat anda. Akibatnya, anda hilang fokus menangguhkan penulisan hingga akhirnya karya anda terbengkalai.
Andainya inilah yang sentiasa bermain di fikiran, mari hadiri bengkel MEMBARA KARYA.

Bengkel ini akan berikan panduan dan cara agar kita sentiasa bersemangat dalam menghasilkan karya.

Layari nordenmohamed.com/mk2 untuk keterangan lanjut."


Sekali lagi, jumpa anda di sana!!!



Mimpikan kejayaan,
Madam B

Post a Comment

0 Comments