Kau Punya Sesuatu...Ku Yakin Kau Mampu Teman!


"Perasaan takut itu sendiri akan menjadi batu penghalang yang besar bagi seseorang itu untuk mencapai kemajuan dalam hidupnya, padahal yang harus ditakuti itu adalah hidup tanpa kemajuan. Oleh itu jika hari ini anda membuang semua rasa takut kepada makhluk dan kemudian menggantikan ketakutan itu 'hanya kepada Allah' maka anda telah menempatkan diri anda pada darjat kemuliaan hidup yg hakiki." ~  Buku 1 Hari 1 Prestasi oleh Ustaz Abdullah Khairi 


Assalamualaikum. Apakah khabar anda semua pembaca yang disayangi Tuhan? Semoga anda dan saya tabah menempuh ujian dan dugaan kerana sesuangguhnya kita sedang disayang.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3)

Pernahkah kita diduga. Tanpa diduga kita terpaksa hadapi dugaan. Dan banyak kali dugaan mendatang benar-benar menduga kita. Pernah bukan?

Alhamdulillah. Syukur. Bertabahlah. Itu petanda kita makhluk disayang Pencipta. Saya ada terbaca 'dugaan tanda Allah sayang' . MasyaAllah. Begitu sekali Allah sayang kita.

Sepertimana pokok tamar merupakan anugerah Allah di padang pasir. Begitu juga saya percaya di sebalik dugaan pasti ada anugerah lain yang Allah sudah sediakan untuk hambaNya yang sabar. InsyaAllah.

Bagi yang kenal Madam B secara maya, tak sah kalau tiada muzik dan lagu. Istimewa hari ini, ilham kurniaan Allah sebentar tadi, lirik untuk korus tercipta secara tak sengaja berdasarkan pengalaman (thanks to it) untuk pembaca yang meminati seni.


 Jika anda biasa dengan lagu Indonesia S**** boleh cuba 'humming' korus menggunakan lirik di bawah versi daawah ciptaan saya.

Ya Allah ampunilah aku,
Atas segala...dosa yang ku laku,
Aku...memohon keampunan,
Kerna dosaku,
Menggelap hatiku.


Ya Allah berikanlah aku,
Rasa bahagia....iman di hati ku,
Aku...dambakan keimanan,
Aku bersujud,
Kembali padaMU.

Lirik: Madam B
Lagu (cover): Suara (Hijau Daun)

Saya mungkin salah seorang peminat Tarbiah Sentap. InsyaAllah lagu ini sesuai untuk The 4aith. Just kidding.

Jumpa lagi keesokannya selepas hari esok, kerana saya dengan izinNya akan cuba kongsikan sesuatu yang menarik lagi berbeza untuk tatapan anda. Doakan urusan kita bermula dengan baik dan berakhir dengan selamat esok. Moga ada jalan. Moga ada ilham. Banyak perkara dalam 'kepala minda' yang tak sabar nak hasilkan satu hari nanti. Satu hari nanti.

PS.,
Don't love me for fun,
Let me be the one,
Love me for a reason,
Let the reason be love!
-Boyzone-

Takeheart,
Madam B




Post a Comment

0 Comments