Kelengkapan Persediaan 'Homeschooling' Di Rumah Bersama Anas Dan Mama



Hai Assalamualaikum.

Buat pertama kali Anas gantikan tempat mama untuk perkongsian kali ini. Hari ini Anas nak bercerita tentang homeschool atau sekolah di rumah. Benda ni dah famous dan popular di luar negara maju dan negara kita pun dah ramai ibu-ibu memilih pembelajaran di rumah terutamanya ibu bekerja (WAHM) dan menetap di rumah (SAHM) bersama anak-anak kecil.

Anas cuba google taipkan homeschool define ini hasilnya...

educate (one's child) at home instead of sending them to a school.

Kalau homeschool meaning  Wikipedia pula berikan maksud begini...

Homeschooling, also known as home education is the education of children at home or a variety of places other than school.[1] Home education is usually conducted by a parent or tutor or online teacher.[2] 




Bagi Anas secara ringkas ia adalah pembelajaran atau pendidikan yang kita dapati dan buat di rumah dengan tunjuk ajar ibu bapa atau orang lain sebagai tutor/guru dan biasanya tidak formal dari segi pemakaian seragam dan peraturan. 

Baiklah, mari kita dengar lagu di bawah yang Anas pilih. Anas tahu mama suka muzik dan lagu jadi Anas masukkan di sini untuk hiburan santai sambil baca apa Anas bakal tuliskan di sini. I Promise You That. Anas janji akan buat yang terbaik untuk jadi terbaik untuk diri Anas satu hari nanti bila sudah besar menjadi dewasa. InsyaAllah.


Masanya sudah tiba. Untuk Anas mula belajar secara mendalam di rumah secara akademik asas sebelum mula ke prasekolah usia 5 kelak. Jom dengar kisah Anas pergi klinik sebelum Anas kongsi lebih banyak.


September 3 jam 10 pagi Anas ke Klinik Desa Rinching Tengah untuk checkup umur 3 tahun 3 bulan. Anas dah besar, sebab itu ada masanya mama panggil dengan nama 'Abang Anas'. Kali ini kali kedua nurse yang baik hati berikan Anas D-Worms jenama Champs perasa coklat. Yummy Anas suka. Sekejap kunyah habis. Seronok makan ubat percuma!

Kemudian nurse minta Anas naik ke tempat khas untuk timbang berat dan ukur ketinggian. Anas kini 13 kg setinggi 99 cm. Soalan pertama nurse tanyakan Mama adakah Anas boleh melompat dan berlari? Mama katakan Ya. Memang betul pun Anas dah boleh pakai baju dan seluar sendiri, pakai pampers pants sendiri, sebut dua dan 2-5 patah perkataan. Anas suka bermain. Ya Anas suka bergaul dan tak ada masalah bercampur dengan kawan baru.


Sebagai bukti Anas kini 6 bulan berpindah ke tempat baru. And so far so good. Anas suka berkawan dengan kids yang sama-sama menetap sebagai residen di apartment baru.


Mesti aunties uncles tak sabar apa perkataan perbualan Anas di rumah? Baiklah Anas nyatakan sedikit sebanyak yang boleh.


Mama, Anas nak ambil ladybug?
Mama..anas poopoo!
Mama nak nasi
Mama nak main keyboard.
Mama nak naik skuter
Dady nak gi AEON/Tesco
Mama Dady Anas nak naik ketapi/tren


Mama nak sleep/tido
Mama nak solat
Mama Anas nak tulis
Mama nak pakai kopiah
Mama nak ngaji
Mama nak air guava/susu/vitagen etc...
Mama nak tengok angry bird/finding nemo/frozen
Mama nak main playground
Mama nak gi gym
Mama nak blanket (cannot sleep without)
Mama nak gosok gigi
Mama nak kumur
Mama nak mandi
Mama nak sabun Mukmin
Mama nak wash basuh tangan/mulut
Mama Anas nak banana/rambutan/oren..


Banyak lagi sebenarnya. Cukup dulu buat masa ini. Banyak benda Anas nak kongsi. Bagi masa untuk Anas belajar ya.

Banyak jugakan Anas dah boleh bertutur dan minta pada mama dan daddy apa Anas mahu dalam sehari-hari. Biasanya mama dan daddy akan tanya apa Anas perlukan. Dan Anas boleh respon dan faham dengan mengatakan Yes dan No. Atau Nak atau Toksei. Oh ya Anas dilahirkan di HUSM Kelantan pada 2016 dan sejak berada di sana selama hampir 2 tahun Anas terbiasa gunakan Toksei loghat warga Kota Bharu. Anas sedang cuba ubah kepada Tak Nak. Mama pun sedang usaha yang terbaik bertutur menggunakan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris. Ya, Anas boleh juga faham perkataan English yang ringkas seperti nama haiwan, warna, dan nombor.

Sambung semula aktiviti bersama nurse. Maafkan mama sebab terlupa ambil foto aktiviti sesi bersama nurse. InsyaAllah bulan Disember Anas pastikan mama snap beberapa foto.

Anas rasa selesa sangat. Rezeki Anas dapat nurse lembut hati dan encouraging pada sesi itu. Semasa dalam bilik nurse ambil kotak berisi kiub kayu berwarna..nurse minta nyatakan jenis warna dan asingkan (sorting) mengikut warna.

Anas boleh nyatakan semua warna dengan TEPAT walau pada saat itu Anas jawab in English seperti green, red, blue, purple. Nurse ok saja terima jawapan Anas. Ujian kedua nurse minta Anas sorting semua kiub mengikut warna. Anas agak keliru dan sedikit lambat respon mungkin sebab Anas belum belajar dengan Mama. Nanti mama ajarkan Anas ya di rumah?

Dan mulai hari ini...Mama decide sediakan persekitaran pembelajaran semula untuk Anas. Sebenarnya dulu masa Anas umur dua tahun mama dah mulakan. Anas sudah 3 tahun dan inilah masanya. Mama beritahu Daddy Anas dah boleh 'start homeschooling' dan kami sama-sama dapatkan props and tools mudah seperti stik aiskrim, ABC alfabet berwarna, stiker abc dan ABC glitter, pensel warna dan stamp colorful. Daddy dah siapkan satu sudut di ruang tamu untuk Anas belajar dan tampal artworks. Nanti Anas tunjuk dalam entri lain semua hasil kerja di rumah. Di bawah ni adalah bahan material akan Anas gunaka di rumah dengan mama.





Baiklah Anas minta diri dulu. Kami nak keluar. Daddy nak bawa naik MRT. Kalau ada rezeki Anas nak tonton Angry Bird 2. Daddy dah janji minggu lepas.

I promise you that!!!

Clever boy,
Anas Rayyan

Post a Comment

0 Comments