7 Sebab Penting Kita Mesti Jual Produk Di Lazada Hari Ini Juga!



Lazada: One stop shopping #1 
Online shopping destination

Launch in 2012, Lazada is the number one online shopping and selling destination in South east Asia. 

Best online shopping in Malaysia

Find everything you need in Lazada

Enjoy big discounts, daily deals,  and wide assortments! 


Lazada Malaysia ialah sebuah pusat membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk yang kita mahukan dalam kehidupan zaman sekarang yang segalanya mahu cepat dan digital. Sebut sahaja Lazada semua orang tahu,  kenal dan percaya ini tak lain tak bukan sebuah 'shopping mall ' dalam talian yang setakat ini berjaya memenuhi keperluan dan keinginan kebanyakkan rakyat Malaysia yang suka 'online shopping' atau 'Beli Online'.

Lazada Malaysia yang menawarkan servis e-dagang iaitu membeli belah dalam talian.  Info dari wikipedia, Lazada selain Malaysia juga beroperasi di Indonesia,  Singapura,  Thailand dan Vietnam.  Pada 2013, Lazada Malaysia diiktiraf sebagai pusat membeli-belah dalam talian terbesar di Malaysia.



Jadi apakah 7 sebab kenapa anda yang sedang baca ini mesti mula fikirkan produk dan mula menjual di Lazada.

1. Lazada Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai!
Percaya atau tak ini kenyataan di mana bilangan pengunjung yang melawati Lazada sama ada menerusi website ataupun apps, seramai 700,000 orang sehari! Ianya jauh lebih ramai dari bilangan pengunjung di KLCC mahupun mana-mana pasaraya terbesar di Malaysia.

2. Pasaran Luas, Seluruh Malaysia!
Jika anda buka kedai di mana-mana kawasan, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja!  Tapi, apabila anda lakukan online dan buka "kedai maya" di Lazada.... potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, yang datang dari negeri Kelantan, Johor, Penang, bahkan Sabah & Sarawak  semuanya melayari Lazada  untum membeli produk anda!

3. Jualan 24 Jam Tanpa Henti!
Ya! Sesuatu yang sangat best. Bila kita mula menjual di Lazada, serius orang boleh beli produk bila-bila masa anytime 24 jam. Tak perlu fikir bila nak buka kedai dan bila nak tutup kedai. Boleh jadi jam 3 pagi kita enak dibuai mimpi, ada yang beli produk kita.

4. Kos Rendah!
Tak perlu buat dan tempah website atau blog sendiri. Lupakansegala bagai kos domain dan hosting setiap tahun. Lazada cukup baik hati, tiada sewa bulanan atau tahunan yang perlu dibayar! Hanya dikenakan caj 2% bagi setiap jualan yang terhasil! Kalau tiada jualan maka tiada sebarang caj!

5. Sistem Yang Canggih!
Sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan hingga sistem pembayaran, Lazada sudah sediakan sistem canggih yang memudahkan pembeli dan penjual! Anda tidak perlu pening kepala fikir hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server bila berniaga di Lazada!

6. Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp!
Ah ha! Ini juga salah satu kelebihan utama apabila menjual di Lazada. Tak perlu lagi buang masa layan dan belai emosi prospek yang belum tentu lagi mahu membeli! Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran.Mudahkan?

7. Promosi & Pemasaran Yang Hebat!
Setiap bulan, Lazada sendiri akan mengadakan promosi dan pemasaran yang hebat dan besar-besaran! Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Promosi sebegini telah banyak melonjakkan jualan peniaga-peniaga di Lazada!

Jadi, kalau sebelum ini Bisnes Shopee ramai seller boleh kaya buat duit ribu riban,  kenapa pula Bisnes Lazada tak boleh kan???

 Saya yakin 100% inilah platform yang semua rakyat Malaysia sangat suka untuk shopping!!!

Jangan lepaskan peluang emas intan berlian kali ini. Jom buat duit dengan bisnes di 'planet' Lazada!

DOWNLOAD PANDUAN JUAL PRODUK DI LAZADA SEKARANG

Post a Comment

0 Comments