Beautiful People... Maaf Lambat



Artikel di bawah adalah kepunyaan Madam B. Tidak dibenarkan menyalin,  meniru atau mengedar tanpa kebenaran Madam B. Tulisan ini dihasilkan untuk menjawab permintaan Tuan NRDN yang berkelapangan mahu mengulas secara lanjut berkaitan non fiksyen.

*************************************
Pada 21 September baru-bari ini,  saya menghadiri bengkel MK di bawah tunjuk ajar 'orang lama' tak lain tak bukan saudara NRDN yang sudah 30 pengalaman dalam penerbitan. Serius, selama ini saya tak pernah hadir mana-mana bengkel penulisan tetapi kali ini dan tahun ini saya beranggapan permohonan terjawab. Tuhan memberi jalan dan temukan dengan seseorang yang berpandangan 'universe' dalam dunia perbukuan. Dan impian nak jadi penulis buku didoakan bertemu penamat yang menggembirakan  bila tiba masanya. Oh, saya sendiri pun tidak tahu bila dan bagaimana semuanya bakal jadi realiti.

Ringkaskan cerita di sepanjang bengkel bersama beberapa rakan seperjuagan lain dalam kumpulan kecil saya mendapat sesuatu. Sesuatu yang membuatkan saya yakin untuk percaya signifikannya buat keputusan, bertindak dan perlu ada 'sacrifice' untuk jadi penulis komersial. Di sana saya sempat merasa sesuatu yang boleh dikatakan 'pembuka selera' bagi bakal penulis yang mencari peluang menulis demi menjana pendapatan dan kongsikan pengalaman diri. Ya, matlamat teratas walau apa jadi sekali pun saya nak juga 'title' penulis suatu hari nanti. Tidak kira apa jadi jadilah tapi menjadi penulis juga akhirnya itu penting bagi saya.

Alhamdulillah kembali pada bengkel yang saya hadiri,  di akhir bengkal saya ambil keputusan untuk miliki salah satu buku non- fiksyen triologi yang dipamerkan di ruang depan bertajuk MC 2. Pada saya keputusan untuk beli dan baca sendiri karya individu yang sarat pengalaman dalam dunia yang kita nak sertai nanti sungguh istimewa. Tidak ada apa yang lebih sentimental selain mendapatkan suvenir berbentuk buku untuk diri sendiri. Hanya orang yang suka buku dan berniat nak jadi penulis sahaja yang faham ini semua.

Jadi sebaik sahaja nama saya dimasukkan ke dalam kumpulan Alumni LM. sudah tentu saya teringin ketahui apakah yang diperlukan untuk orang biasa-biasa  di luar sana bergelar penulis. Penulis buku fizikal yang memenuhi keperluan pembaca di luar sana. Penulis yang boleh mencurahkan semua yang dia ada dalam diri ke dalam sebuah buku untuk dibaca orang lain.  Sebenarnya bila diminta menulis apa yang kami mahu tahu dan belajar, bagi saya semua ini sudah bermula.

Ini tugasan namanya. Tugasan pertama untuk penulis di mana dia kena tahu apa yang dia nak pelajari. Apa yang dia nak pembaca terima mesej dalam bukunya kelak? Bagaimanakah prosesnya bila sudah rasmi sedang menulis manuskrip sendiri?  Maknanya kita harus tahu apa motif buku yang ingin ditulis. Kepada siapa kita nak ia dipegang dan dibaca bila siap ditulis kelak. Bagaimana nak menulis agar ia sedap dibaca.  Dan paling penting bagaimana nak jadikan karya kita itu cukup 'universe'. Ini terpenting yang saya tahu setelah hadir bengkel MK. Jadi apa yang saya mahu tahu dalam kelas seterusnya?

Jawapannya banyak yang saya mahu tahu.  Hinggakan saya tak tahu apa yang nak ditanya berdasarkan aturannya.  Dan nak tak nak saya kena ambil tahu sebab saya sudah 'decide' nak bukukan apa yang saya ada selama hampir 40 tahun hidup.

Oh ya,  mesti ada yang tertanya-tanya pernahkah saya baca buku lain yang bergenre konsep yang sama seperti MC,MC 2 dan MC 3. Saya rasa memang ada.  Misalnya saya pernah baca dan saya suka stail Dr. HM Tuah Iskandar dan Abd Jalil Ali tiap kali menulis tak kira dalam majalah atau buku. Yang saya baca dan masih ingat adalah Jangan Main-Main dan Kopi O Tanpa Gula. Santai tapi sinis. Tapi serius dalam masa yang sama memang ada sesuatu yang boleh pembaca kutip dari apa yang dibaca.

Secara ringkasnya, peribahasa antarabangsa sudah menyatakan 'Don't Judge A Book By It's Cover'. Dan tak keterlaluan saya kira kita semua sebaiknya elakkan menilai sesebuah buku berdasarkan tajuk dan juga penulis. Lebih-lebih lagi penulis yang baru 'mendarat' di planet penulisan. Sebelum saya undur diri, saya menulis di sini kerana mahukan bimbingan Tuan NRDN sendiri untuk pandu arah kami ke planet penulisan non fiksyen seperti Triologi MC.

Kredit: Artikel ini hak milik Madam B.

Post a Comment

0 Comments