Integrated Pre School Tadika Cahayaku Legasi As Siddiq Bagi 4-6 Tahun


Cahayaku Legacy As Siddiq Integrated Preschool.

 "Lighting The Path Of Your Legacy". 


Madam B nak kongsikan sebuah tadika  preschool bagi anda yang tinggal sekitar Kesuma,  Beranang atau Ecohill  yang mempunyai anak berusia 4,5,6 tahun pada 2020. Sebuah tadika yang mensasarkan persediaan anak-anak ke sekolah tahap rendah bagi Tahun Satu.

Terletak di Ascotte Boulevard Semenyih saya dimaklumkan Cahayaku Legasi As Siddiq (CL) bakal beroperasi secara rasmi pada 2020 dengan bantuan tenaga guru terlatih seramai tiga orang.

Dan sebenarnya jika anda ada mengikuti perkembangan program CL pada 3 November  sudah diadakan Open Day (9am-1pm) bagi parents yang berminat nak melihat dan mengetahui silabus CL dengan lebih dekat. Ada satu lagi sesi terakhir pada 8 Disember akan datang dan mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak sekitar usia 4-6 boleh hadir bersama anak bagi mendengar penerangan guru-guru bertugas dan melihat sendiri suasana pembelajaran Tadika Cahayaku Legasi.


Facebook: Cahayaku Legacy Semenyih 
Berdasarkan info yang admin dapat lihat di Page Facebook, Tadika Cahayaku Legasi menggunakan 'Sistem Cahayaku' sebagai rujukan bahan bacaan Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris, Arab dan Qurani. Juga berpandukan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK)  dalam membantu anak-anak ke arah persediaan memasuki Tahun 1.

Klinik Intensif Cepat Membaca Anak 5-12 Tahun.

Satu lagi keistimewaan dan kebaikan tadika sekarang yang kita dapat lihat rata-rata tadika ada menyediakan kelas membaca berbentuk intensif.

Ramai yang sedar,  ada sesetengah parents berdepan cabaran anak sukar membaca dengan baik. Tadika Cahayaku Legasi begitu proaktif kerana pernah mengadakan Klinik Intensif Membaca pada September lepas terhad 30 peserta secara percuma!

Pada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Tadika Cahayaku Legasi sila berhubung terus talian 012-5642564.

8 Disember 2019 pastikan ibu bapa berada di sana!!!

Post a Comment

0 Comments