Pendedahan Eksklusif Apa Pandangan Suami Terhadap Isteri Jenis... Dan Apa Pula Tindakan Isteri Bila Suami Spesies...


"Kesiannya  ko  disia-siakan  suami.  Padahal  ko  bukannya  tak  cantik.  Ko  bukannya  tak  rajin, tapi  suami  buat  macam-macam  di  belakang  ko.  Lebih  aku  sakit  hati,  ko  turut  bekerja  tapi langsung  tak  dihargai.  Niat  ko  suci  nak  tambah  pendapatan  keluarga,  sekali  gus  kurangkan bebannya,  tapi  apa  yang  ko  dapat? Ko  dipersiakan. Hari-hari  ko  kena  marah,  kadang-kadang ko  dibuat  macam  orang  gaji.  Padahal  ko  dah  buat  segala-galanya  untuk  dia.” Apa  yang  tidak  kena?  

Sebagai  motivator  tulen  di  tengah  masyarakat  16  tahun  lamanya,  saya telah  dihujani  persoalan  begini  hampir  setiap  hari.  Hari-hari,  ada  saja  orang  yang menghantar  emel  tentang  masalah  rumahtangga  mereka.  Macam-macam  pertanyaan  yang ditanyakan,  sampaikan  apabila  saya  membaca  di  bahagian  atasnya,  saya  sudah  boleh mengagak  apa  penghujungnya.

Jujur  saya  katakan,  kadang-kadang  saya  terpaksa  membaca lompat  ataupun  membaca  dengan  pantas  untuk  menjimatkan  masa,  namun  masih  boleh memahami apa yang  sebenarnya  hendak  diperkatakan. Cerita  kebanyakan  mereka  yang  menghadapi  masalah  rumahtangga  sebenarnya  hampir sama.  Yang  berbeza  adalah  watak  dan  suasana.



Masalah-masalah seperti  suami  malas, suami tidak  sedar  diuntung,  suami  miang,  suami  berjawatan  lebih  rendah,  suami  melebihkan kawan-kawan  berbanding  keluarga  sendiri,  suami  lemah  dirajang,  suami  bermain  kayu  tiga dan  bermacam-macam  lagi  telah  menyerang  banyak  keluarga  muslim  hari  ini.  Ditambah dengan  kehidupan  yang  serba  menekan,  masalah  kecil  pun  menjadi  begitu  berat  hingga terpaksa  diajukan  kepada  motivator  tulen  lagi  terbaik.

Mengapa  orang  semakin  hilang keupayaan  untuk  menghadam  persoalan  dan  menyelesaikan  masalah  secara  kendiri? Hendak  dikatakan  tidak  bijak,  masakan,  sebab  rata-rata  pasangan  hari  ini  adalah  lepasan institut  pengajian  tinggi.  Paling  tidak  mereka  memiliki  diploma  tetapi  mengapa  yang  ada Ph.D  pun  terbelit oleh  masalah  serupa?

Saya  terdorong  untuk  menulis  buku  elektronik  ini  guna  memberi  panduan  dan  pencerahan kepada  semua  yang  menghadapi  masalah  rumahtangga.  Saya  lebih  tujukan  ebook  ini  kepada para  wanita  berstatus  isteri!

Anda  yang  belum  bersuami  pun  bolehlah  membacanya  untuk  menambah  pengetahuan sambil  mengelak  diri  daripada  tersangkut  pada  masalah  yang  sama  kelak.

 Juga  saya  tujukan  ebook  ini  kepada  anda  yang  bermadu.  Pada  kedudukan  anda  serupa  itu tentu  keadaannya  lebih  menekan  bukan?  Lihat  sahaja  kes SY dengan  bekas isterinya R.  Dulu  kita  digembar-gemburkan  oleh  kehidupan  mereka  yang  serba  stabil, mewah,  bahagia,  lagi  bebas  masalah.  Rupa-rupanya  setelah  R bercerai  dengan  SY, timbul  cerita  R minta  cerai  sebab  terjumpa  kekasih  lama  dalam  reunion  sekolah,  tetapi dinafikan  R bahawa  kehidupan  yang  payah  adalah  antara  penyebabnya.  “Saya  terpaksa buat  rempeyek untuk  menambah  kewangan.  Mana  cukup  pemberian  SY untuk  kami  enam orang.”

Sumber: Ebuku Panduan Suami Unggul karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

Post a Comment

0 Comments