Saya Sendiri Compile Dan Tulis Resepi Cara Sebenar 'Orang Kota Bharu' Masak Kuzi Ayam!



Panduan Langkah Demi Langkah Cara Memasak Kuzi Cara Orang Kota Bharu Oleh Blogger Kelantan Madam B. 

Dapatkan segera Special Edition set masakan hidangan Kuzi Ayam didatangkan bersama eresepi format Pdf , Rempah Kuzi dan juga 'zat param'.

Kuzi.  Pernahkah anda dengar nama sejenis hidangan iaitu kuzi. Pasti pernahkan. Bila kali pertama anda memakannya.  Dan paling penting adakah anda tahu cara memasak kuzi dengan betul?

Pertama kali anda merasai kuzi, boleh jadi kuzi ayam atau kuzi kambing, apa pandangan anda.  Sedap atau  biasa biasa saja.

Jika anda sukakan kuzi, anda kemungkinan seorang yang suka makanan berkuah yang boleh dimakan dengan nasi atau roti. Yes!

Anda mesti akan jatuh cinta dengan Kuzi.


Kuzi dikatakan berasal dari Kelantan. Tapi bukan semua 'ore Klate' boleh masak dan tahu resepi Kuzi. Hidangan ini boleh dikatakan 'eksotik' kerana ia remeh untuk dibuat, agak sukar diperolehi tapi sedap bila dinikmati pada detik tertentu. Percaya atau tak, ia hanya boleh ditemui dalam majlis tertentu sahaja di Kelantan. Uniknya, Kuzi Kelantan menggunakan Saffron sebagai elemen untuk bangkitkan rasa dan keenakkan Kuzi. Jadi benarkah Kuzi berasal dari Kelantan? Kerana ada sumber menyatakan ia popular juga di Johor.

Jika anda bukan orang kelantan dan nak cuba makan masakan kuzi jawapannya boleh. Sebab sekali lagi di penghujung 2019 saya nak kongsi resepi penyediaan kuzi ayam yang sebenar. Atau lebih tepatnya versi orang kota bharu. Klate boh!

Kalau ikutkan sejarah, setahu saya kuzi ni hidangan istimewa. Pada saya rare.  Kalau nak tahu,  di Kelantan bukan semua daerah dan ceruk kelantan makan, mahu dan tahu cara buat kuzi. Kenapa pula tu?  Adalah beberapa sebab. Menurut orang lama-lama bahan nak sediakan kuzi agak 'berlebihan' dan perlukan ketelitian juga kesabaran. Berlebihan saya maksudkan bukan murah. Bukan sikit-sikit. Fahamkan? Entahlah itu pandangan orang dulu,  tapi zaman sekarang mostly orang sudah berkemampuan. Tinggal lagi rajin dengan malas saja.

Ringkaskan cerita...

Dalam ebook panduan cara masak Kuzi, kita menggunakan ayam sebagai bahan utama,  selain rempah kuzi dan saffron untuk memberi daya rasa sedap dan menarik pada ayam dan kuah.  Saya dah tulis semuanya dari A sampai Z tentang bagaimana caranya nak hasilkan kuzi hebat lazat dalam ebook Kuzi Ala Mami. Boleh baca dan miliki edisi istimewa di pautan Wasap.

https://kuzialamami.wasap.my/


Post a Comment

0 Comments