Wanpaku Burger Dari Dapur iLi Ready To Be COD Area Ecohill Semenyih


Pagi Ahad yang indah di Setia Ecohill. Berfikir sejenak nak breakfast apa ini pagi. Cuaca terang benderang di luar sana. Maknanya dalam setengah jam pakaian memang boleh kering di balkoni. Confirm! Dalam pada ligat otak memikirkan menu pagi tetiber je mata tertancap pada Wanpaku Burger. Dah lama saya lihat burger kategori Wanpaku lalu depan mata tiap kali skrol grup Wasap Delivery Ecohill. Apakah ini petanda baik rezeki 'rare' yang mesti dicuba?


Teruja dan teringin pun mula bergabung!  Apalagi bossku...Burger ayam satu saya order sebelah apartment je pun. Kebetulan. Mudah sangat sekarang stail order guna Wasap link. Great!

http://www.wasap.my/60192540839/burgerwanpaku


Wanpaku. Atau 'Vangpaku'. Ini semua bukan nama sesiapa tetapi mempunyai maksud yang kita tak pernah sangkakan dan unik sekali.


Hasil Google saya dapati 'Wanpaku' dalam bahasa Jepun bermaksud nakal atau naughtiness.

Adaptasi Dari Versi Wanpaku Sandwich 


Saya tak tunggu lama untuk terus Wasap pembuat Wanpaku Burger. Info daripada seorang wanita muda yang saya kenali sebagai Ili bila saya tanyakan 'Kenapa Wanpaku? ' beliau jawab Wanpaku membawa maksud one pack.

Nampak tak burger dipack secara layer by layer kemudian diwrap menggunakan plastic wrap makanan 'ketat-ketat'. Kalau anda lihat foto utama yang saya letak paling atas burger dah siap dibelah dua. Dan kita boleh lihat apa elemen /bahan yang ada di dalam layer burger. Tambahan lagi Ili ada kongsikan bahwa versi asal adalah dalam bentuk sandwich. Sebab itu jika anda seorang pengGoogle tegar anda pasti akan jumpa Wanpaku Sandwich di Internet.


Berminat nak rasa Wanpaku Burger? Jikalau anda ada sekitar Ecohill bolehlah cuba ya. Mustry ni tau! 

🍔Wanpaku Burger *COD Ecohill*🍔

Terhad 5 biji sahaja
🌀 8.30 pagi, Ahad

 *Apa yang anda dapat dari sebiji Wanpaku Burger?*

🔸Roti burger  dengan protein pilihan anda sama ada ayam atau daging, dicelup dalam brown sauce.

🔸Dilapis dan disusun dengan kasih sayang: roti, patty ayam/daging, telur mata, tomato, bawang holland, carrot, purple cabbage dan daun salad.

🔸Hasilnya, sebiji wanpaku burger yang cantik di mata dan enak di mulut.

🔸Harga pengenalan: sebiji RM6.50.

🔸Untuk order: PM tepi ye sebab takut terlepas pandang.

www.wasap.my/60192540839/burgerwanpaku


Post a Comment

0 Comments