Aisha Kidz Planet Pusat Permainan Kanak-Kanak Indoor Pertama Setia Ecohill


Aisha Kidz Planet. Taman permainan khusus bagi kanak-kanak berkonsepkan indoor yang pertama di... guess where???

Di Semenyih!!!

Buat masa ni selain Ecohill AKP sudah ada cawangan di Bandar Baru Bangi(BBB) dan bakal memerlukan tenaga staf baru untuk branch Putrajaya.


Menenangkan bagi saya sebab ada kemudahan utama seperti surau, tandas,  bilik khas untuk makan ada disediakan untuk pengunjung yang sah-sah bawa anak kecil.

Semalam saya dan si bijak Anas serta rakan seapartmen (gracias Cik Ai sudi temankan kami) sempat singgah sini untuk lihat apa keistimewaan yang disediakan.

Alamat dan waktu operasi seperti berikut.

55-4 Jalan Ecohill 1/5B
Setia ecohill
43500 Semenyih Selangor

*Isnin Tutup kecuali cuti sekolah dan cuti am*

Selasa hingga Ahad
10 pagi hingga 10 malam

Bayaran dikenakan adalah...

Hari biasa
RM10 selama 2 jam
RM15 tanpa had

Hari minggu/cuti sekolah/cuti am
RM10 selama sejam
RM15 tanpa had

Antara kemudahan dan keistimewaan AKP yang boleh menjadi tarikan ibu bapa dan kiddos adalah kemudahan terpilih khas melibatkan sambutan harijadi,  reunion,  drop off,  training,  babysit, transit, serta majlis tertentu seperti konvo tadika,  akhir tahun dan akikah!


Hubungi 0132713432 / 0172919803

Lihat kepingan foto yang sempat kami rakam semasa AR seronok bermain 'tak ingat mama' semasa menggunakan kesemua fasiliti permainan dalam Aisha Kidz Planet.








 Sumber Foto: Madam B By Oppo A83

Anda mahu lihat kesemua foto menarik dalam AKP Ecohill?. Klik instagram aishakidzplanetecohill

Post a Comment

0 Comments