Amalan Ampuh Bismillah 5


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi Bismillah Lima. Sebelum ni saya ada sharing bagi yang go through semua post dalam blog ini. Maaf kalau ada yang tak suka. Selain muzik, affiliate dan panduan jana wang online saya memang suka sharing mengenai rahsia dan kelebihan ilmu perubatan Islam. Ruqyah bagi yang biasa dengar.  Ada masa terluang saya akan cuba kongsikan apa itu ruqyah dan rawatan Islam secara asas dan kenapa ia bukanlah sejenis rawatan alternatif. 

Saya perasan ada dan masih ramai anggap berubat cara Islam gunakan ayat Al Quran naif atau kuno. Sebenarnya tidak dan salah kalau berfikiran begitu. Tak benar sama sekali. Saya sendiri ada pengalaman tersendiri bagaimana saya ditakdirkan 'sembuh' menggunakan ayat suci Al-Quran. 

Baiklah di pagi indah ini mari kita sama beramal dan baca apa yang seorang hamba Allah ini kongsikan dalam satu grup Wasap yang saya temui semalam. Ya,  saya cuma kongsikan pada pembaca yang ingin beramal soleh. Teruskan membaca. 

AMALAN AMPUH BISMILLAH 5

*Jika Amalkan Selalu Selepas Solat, Insha Allah Akan Terhindar Dari Lemah Jantung/Angin Ahmar
.

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Lain Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2.kalau tempat sakit tu tak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
.

Ustaz Ijazahkan Ilmu ini Kepada Semua
dengan syarat Maharnya seperti dibawahđź”»
.
1. Share kepada 10 group supaya ramai dapat manfaat.
2. Saya terima Ijazah jika ingin beramal

Post a Comment

0 Comments