Bantuan RM300K Diperlukan Segera Bagi Membantu Pelarian Syria Yang Sedang Hadapi Ujian Kesejukan


PELARIAN SYRIA TERPAKSA HADAPI MUSIM SEJUK YANG MENCENGKAM HINGGA KE TULANG. BANTUAN RM300K DIPERLUKAN SEGERA.

Tak terbayang bagaimana nasib anak-anak kecil dan saudara pelarian kita di Syria menempuh cuaca yang terlampau dingin ketika musim sejuk.
.
Malah, jumlah kematian kanak-kanak dikatakan makin meningkat bila tiba musim sejuk.

Dengan suhu 1℃ pada waktu malam dan 4℃ pada waktu siang, tanpa selimut, tanpa baju sejuk tebal dan kekurangan makanan. Allah sahaja yang tahu!
.
Kerana itu, kami buka peluang kepada anda bagi bersama-sama menjayakan misi menghulurkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria.
.
YDKMM akan bekerjasama dengan NGO di Syria yang menjadi agen untuk hulurkan bantuan buat saudara kita.
.

Berapa dana yang diperlukan segera?

.
Kami sasarkan untuk dana sebanyak RM300,000 sebelum 15 Disember 2019.
.
Hasil dana yang dapat akan disalurkan dalam bentuk bantuan seperti:
.
✅ Baju sejuk
✅ Selimut
✅ Stokin
✅ Makanan
✅ Toiletries
.
Bantuan ini akan dihantar kepada 2,000 keluarga di 10 kem pelarian Syria yang berada di:
.
🌍 Lebanon
🌍 Gaziantep
🌍 Idlib
.

Jom bantu ringankan beban dan berikan senyuman buat saudara muslim kita di Syria.
.

Mohon picit butang "DONATE" untuk kumpul RM300,000 supaya bantuan dapat diberi segera

.
Hadith riwayat al-Bukhari menyatakan, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
.
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.
.
Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
.
Didoakan moga Allah limpahkan rahmat kepada anda yang sudi kongsi rezeki bersama pelarian Syria dalam menghadapi musim sejuk. Amin YRA.

Sumber: Facebook YDKMM

Post a Comment

0 Comments