Doa Aisyah R.A Pemberi Semangat Muslimah Mencapai Impian Tersendiri

Foto Hiasan

Kita ada sehari sahaja lagi sebelum melangkah ke 2020. Tahun penuh debaran. Bagi wanita apa cita-cita dan impian yang bermain dalam jiwa anda dan sudahkah kalian mencapainya?  Jika masih belum, usah kecewa mari saya kongsikan sebuah doa khas Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W yang boleh kita hayati dan jadikan koleksi doa pilihan seiring usaha yang berterusan.

Aisyah r.a adalah seorang isteri Nabi S.A.W yang mana ketika dinikahi beliau masih gadis.  Sebelum Rasulullah S. A.W memutuskan meminang Aisyah r.a dari ayahnya Abu Bakar As Siddiq,  Rasulullah S.A.W telah bermimpi selama tiga hari. Dalam setiap mimpi tersebut,  ketika Rasulullah S.A.W membuka kedua telapak tangannya ada wajah Aisyah r.a. Selalu demikian dalam mimpi Rasulullah selama tiga malam. Diringkaskan cerita, Aisyah r.a adalah wanita yang banyak meriwayatkan Hadis Nabi dan ini dimaklumi kerana dia dan Nabi sentiasa berdekatan. Sehingga semua gerak-geri Rasulullah S.A.W diketahuinya. Aisyah r.a  juga yang mengatakan akhlak Nabi adalah Al-Quran. Oleh sebab itu Aisyah r.a termasuk wanita sangat cerdas atas hasil bimbingan secara langsung dari Nabi S. A. W.  Aisyah r.a merupakan teladan bagi Muslimah sepanjang masa. Dia menjadi pemberi semangat bagi kaum wanita agar terus belajar dan menuntut ilmu kerana sesungguhnya tiada halangan seorang Muslimah dalam menuntut ilmu.

Doa Aisyah R.A

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu dari segala kebaikan yang aku ketahui dan tidak aku ketahui cepatnya mahupun lambatnya. 

Dan aku berlindung kepada Mu dari setiap keburukan yang aku ketahui dan yang tidak ku ketahui cepatnya mahupun lambtnya.  

Dan aku memohon syurga kepada Mu dan apa-apa yang mendekatkanku kepadanya dari perkataan mahu pun perbuatan,  dan aku berlindung kepada Mu dari neraka dan dari apa apa yang mendekatkan ke neraka, ucapan mahu pun perbuatan.

Dan aku memohon kepada Mu dari segala kebaikan yang hamba Mu dan Rasul Mu memohon pada Mu,  dan aku berlindung pada Mu dari apa apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku,  Engkau jadikan akhirnya sebuah petunjuk yng rahmat Mu wahai Zat yang Maha Pengasih." 

Sumber: Koleksi Doa Khas Untuk Wanita oleh Adiba Yasmin Cetakan Pertama 2011

Post a Comment

0 Comments