Foto Tak Menarik Daripada Saya Yang Sempat Dirakam Sekitar Pasar Malam Tanah Rata


Ops!  Jangan salah faham dan jangan kecam. Tajuk bunyi double meaning. Kalau pembaca seorang yang berfikiran tersurat barangkali anda beranggapan semua aktiviti sekitar Pasar Malam tak menarik langsung. Kalau anda pembaca yang positif bersangka baik pada semua orang,  high probability anda dapat faham yang sebenarnya itu sahaja foto yang sempat saya rakam sepanjang berjalan menelusuri Pasar Malam berkenaan.

Semalam kali pertama kami jejak kaki ke Tanah Rata. Nasib baik, penutup 2019   ini ofer yang kami kena terima sebab ini perancangan ikhlas semua adik beradik partner saya. Nak tunggu kami 'naik' bertiga memang tak pasti bila. Tunggu masa sesuai tak akan kunjung tiba. Sama ada sekarang atau lupakan sahaja.  Ada saja obstacles. Alhamdulillah realiti.

Cuti sekolah. Tak hairan. Memang ramai manusia tak kira lokal atau bukan lokal. Cuaca macam biasa cold and steady. Sejuk. Peribahasa zaman sekarang, 'Tak boleh bawa bincang langsung'.. Teringat pula pada bumi Syria dalam minggu lepas saya kongsi post berkenaan bantuan pelarian di sana yang sedang berdepan musim sejuk. Di sana lagi mencabar. Dengan kurang makanan dan pakaian. Sekurangnya di Tanah Rata ni semua cukup. Makanan,  pakaian,  dan 'segala bagai' semua cukup lengkap. Hanya pastikan cukup duit segalanya boleh jadi. Gerenti beres.

Sejuk ni biasalah perut cepat minta diisi. Tangan pun dah kejang menaip. Jom lihat koleksi foto yang tak banyak dan tak menarik pun yang sempat dirakam semalam.









Dare to be rare!
#cutisekolah #cameronhighland #tanahrata
.
.
.
Share to inspire,
Madam B

Post a Comment

0 Comments