INI ANTARA SEBAB KITA MENJADI GHOSTWRITER



"Kalau dulu orang tanya cita-cita nak jadi apa? Ramai jawab nak jadi doktor, guru, peguam, pilot dan lain-lain. Sekarang dah berbeza sangat.

Sekarang kalau tanya budak-budak di sekolah mereka sebut cita-cita nak jadi youtuber dan influencer lah kak."

Bersungguh Fong Poh Yee, wartawan China Press bercerita minat generasi muda sekarang.
.

"Ya lah, orang muda sekarang terdedah dengan media. Mereka ambil peluang kembangkan bakat dan kemahiran yang sesuai dengan zaman sekarang. Positifnya mereka jadi kreatif." Sambut saya.
.

"Saya jadi wartawan ni pun nak belajar dan ambil pengalaman bina kerjaya. Mungkin lepas ni nak dalami ilmu fotografi pula.

Nak cipta kerja sendiri. Sekarang mudah nak create job."  Jawab  Fong panjang lebar.
.

"Betul tu, sekarang kita sendiri kena kreatif explore dunia pekerjaan dan industri yang cepat berkembang. Tak boleh tunggu dan lihat atau ikut orang nak jadi apa.
.

Mak ayah pun kena kenal pasti bakat anak-anak, dalam masa yang sama beri panduan pada anak nak pergi ke mana selepas ini." Luah saya, walau anak baru nak masuk darjah satu, dah mula fikir roadmap anak.

Hahaha mak-mak sangat. Concern level maksima.
.

Sabtu Ahad lepas, dua hari berkampung di Bangi Convention Centre bertugas sebagai wakil media.
.

Buat survey potensi dunia konten, ghostwriter, influencer dan media.
.

Ini termasuk dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Ia semakin berkembang dan bakal menggantikan banyak lagi profesyen sedia ada.
.

Jadi, bolehlah mula lihat dan susun karier path anak-anak kita ikut fitrah mereka dan sesuaikan dengan manfaat umat.
.

Cuti-cuti ni mak ayah bolehlah susun aktiviti lain dari yang lain untuk anak-anak.
.

Mana tahu tiba-tiba ada bakat luar biasa? Jangan sangka pengaruh ni mula melebar pada semua anak-anak, melayu india cina, latar belakang sekolah biasa atau sekolah agama.
.

Anak-anak saudara saya yang masuk sekolah tahfiz pun dah aktif berlakon di IPT. Hahaha terkejut Mak Teh dia ni tengok drama dia jadi hero dalam youtube.

Ramai juga yang jadi model dan duta produk pakaian, makanan dan sebagainya.

Anak-anak sekolah menengah pun dah jana pendapatan sendiri. Ada duit sendiri.
.

Begitulah, rata-rata dah ada intagram dan channel youtube sendiri. Cuba check handphone anak-anak. Facebook ni kita sahaja mak ayah guna. Anak-anak lebih suka media interaktif bergambar dan video.
.

Tidaklah kita terkejut nanti tiba-tiba anak kata dia nak jadi selebriti, mudahlah kita guide mereka. Tak boleh terus kata NO! Bersedia mendidik anak-anak akhir zaman. Kita jadi kreatif, jadi rajin tambah skill parenting.

Lentur baik-baik, insyaAllah anak-anak pun akan kembangkan passion mereka dengan cara yang betul.

Itu sahaja pilihan yang ada.
.

Dapat sesuatu?

#SHARE

Nordianah Bachok
Ghostwriter & Pemerhati Media
Founder UpahMenulisCom

==========================

Untuk ikuti #TipPenulisan, #TipGhostwriter, #KisahInspirasi, #ProjekTafsirTGNA silakan follow FB saya. Spread Good Vibe

Artikel asal daripada Facebook Nordianah Bachok

Post a Comment

0 Comments