Jalan-jalan Cari Idea Arah Utara!


Sabtu. Cuaca baik sekali. Jom kita hala ke Utara dan 'naik' Highland hari ini juga. Semalam selesai program bersama famili  Kota Bharu yang datang atas urusan adik yang akhirnya buat keputusan terpaksa 'eksport' si biru gelap ke luar negeri.  Pagi ni pun saya dapat mesej Wasap dah touch down lapangan Sultan Ismail Petra. Alhamdulillah macam biasa. Tiba giliran kita bertiga pula masih bergerak dan berada atas highway. Ke mana kita ni? Penang dulu bos!


Pergi hari ni InsyaAllah balik semula esok petang sebab Isnin kerja. Haaa macam biasa. Ni kita panggil suka-suka jalan makan angin. Sepatutnya semalam kami bergerak tapi atas sebab si kecil bijak sedang tidur dan saya emosionali penat kita hold dulu. Rehat. Tidur dan gerak lepas Subuh. Spesifiknya,  jam 9 juga gerak keluar Setia. Kalau tengokkan pada arus trafik tadi agak perlahan terutama di tempat tol. Dan kenderaan ketara agak banyak di kedua-dua hala. Selain kereta superbikes pun kerap lalu dan melintasi kami. Sengaja saya tanya partner yang lahir di Perak menetap di Utara

"Bakpo ramai ni abang? Nak gi mana ni semua?

"Hmmm pakat nak gi derak blako"

Akan bersambung.
.
.
.

Post a Comment

0 Comments