Kenali Dengan Lebih Dekat Homeschool Melalui Kisah Inspirasi Adlil Rajiah Penulis Buku Parenting Popular Di Malaysia



Homeschool. Bagi saya ia kata nama, menggambarkan ada hubung kait antara dua institusi penting bagi 'development' seorang insan iaitu rumah dan sekolah. Atau homeschooling yang semakin biasa kita dengar. Sekali lagi, saya faham ia bermaksud 'bersekolah di rumah'. Ini apa yang saya faham. Anda bagaimana?


Menurut Wikipedia Homeschooling berikan definisi berikut...

Homeschooling, also known as home education, is the education of children at home or a variety of places other than school.[1] Home education is usually conducted by a parent or tutor or online teacher.[2] Many families use less formal ways of educating.[3] "Homeschooling" is the term commonly used in North America, whereas "home education" is commonly used in the United KingdomEurope, and in many Commonwealth countries.[4]


Sumber Imej

Izinkan saya.

Saya nak bawa anda ke sinopsis 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna

Ada satu sumber di bawah yang saya terlupa sumber asal.

Ibu bapa yang mencari buku panduan Homeschool, buku ini terbaik untuk anda. Banyak dilengkapi panduan dari a-z, termasuk panduan aktiviti-aktiviti yang boleh ibu bapa cipta di rumah. Sebelum anda menghantar anak ke sekolah atau tadika, ada beberapa kriteria anda perlu check samada anak anda; sudah sesuai ke sekolah atau belum. Apakah kriteria itu? Semuanya ada dalam buku ini.
Gabungan penulisan oleh Adlil Rajiah yang merupakan Blogger terkenal tentang parenting. Dan Najmi Hanifah merupakan lulusan Greenwich University, United Kingdom dalam bidang Pendidikan Awal (kanak-kanak), insya Allah buku ini pasti akan berikan yang terbaik buat anda!
Apa lagi yang anda akan dapat dari buku ini? Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? Kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, dalam buku ini ada semua jawapannya berdasarkan pengalaman penulis membesarkan anaknya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.


Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss....

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?

Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.

Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.

Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.

Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?

Let's try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

Sumber: http://www.mustread.com.my/home/index.php?route=product/product&product_id=455

*Kira selesai bab rekomen buku yang ada aura homeschooling*
.

.

Inspired kan?

Bukan mudah nak dapatkan info segera dan lokal tentang homeschool di negara kita. Sebabnya di luar negara perkara ini trend yang menjadi pilihan mereka. Berbeza dengan kita yang gemar skeptikal.  Maka saya nak ajak pembaca baca sendiri kisah menarik seorang rakyat Malaysia bernama Adlil Rajiah yang memilih untuk mendidik Ashraf Haikal secara homeschooling!

You gotta start by doing little things if your quest is to take over the world. - JB Smoove

https://instagram.com/adlilrajiah?igshid=jyt948idalfg

Adlil Rajiah. Siapakah dia. Pertama kali terlihat nama ini tahun lalu di kedai buku utama tertera di kaver depan 'Why so serious, parents?' Malangnya saya cuma belek santai dan berlalu pergi. Masih ingat waktu tu saya teka ini penulis lelaki sebab nama ini ada ciri-ciri maskulin.

Takdir. Dipertemukan semula dengan nama Adlil Rajiah tapi secara online pertengahan tahun 2019.  Ada something yang best tentang nama ini saya kira.  Media sosial Facebook, Google, Youtube dan Instagram habis saya jelajah untuk dapatkan info Adlil. Rupanya ini penulis buku parenting terkemuka, wanita dan seorang ibu yang hebat! Super!

Oh, FYI ini baru sikit saya share pasal wanita hebat seorang struggler seperti kita semua. Nak baca dan kenal lebih terperinci Adlil Rajiah dan watak utama dalam buku tersebut sila follow Facebook Page Adlil Rajiah dan lihat semua Produk Inspirasi Adlil Rajiah untuk kegunaan anak-anak kita di rumah dan on the go. 


Dari Adlil jugalah saya akhirnya cuba fahami istilah homeschooling. Inspiring!

Dan malam tadi saya rela hati bekerja keras untuk gather semua info untuk dijadikan post istimewa berkaitan homeschool. Untuk makluman pembaca yang masih 'blur blur'akan homeschool.

Dan jika ada yang alert, perasan tak semakin ramai yang pilih dan serius nak mulakan aktiviti homeschool di tempat tinggal kita. Cuba lihat sekeliling. InsyaAllah saya sendiri akan kongsikan satu homeschool yang bakal beroperasi 2020. Mungkin jika anda tak bersedia lakukannya sendiri di rumah anda boleh hantarkan anak anda ke tempat mereka yang berkelayakkan.

Saya harap anda semua dapat mengikuti apa yang disampaikan di atas. Saya mulakan dengan apa itu homeschool. Kemudian saya bawa anda pada 'teaser' dua buku parenting tulisan Adlil Rajiah. Seterusnya kita sama-sama kenali siapa Adlil Rajiah sebab sixth sense saya kuat mengatakan ramai parents yang belum tahu kewujudan ikon homeschooling di Malaysia. Yes she is!  Akhirnya,  saya nak semua orang tahu, 'Apa yang kita perlu tahu sebelum mulakan homeschool di rumah bersama anak.' Dan paling vital saya nak bawa pengikut blog ini baca seterusnya satu post yang saya nak kongsi. Mengenai apa?  Sudah tentu kelebihan homeschool dan kalau boleh...

"Sila duduk jangan lari! "

Jom baca dan hadam secara perlahan...

8 Kelebihan Homeschool Hasil Perkongsian Adlil Rajiah. 


Post a Comment

0 Comments