Kuatnya Aura Angka 18 Dan 19 Namun Kita Ada Kurang 20 Hari Lagi Sebelum Melangkah Masuk 2020




Bila sebut 2020 secara tak sedar teringat pada Wawasan 2020. Sebuah visi yang dicipta oleh Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia terkini satu ketika dahulu!

Ada apa dengan Wawasan 2020? Seingat saya macam pernah kami sama-sama brainstorm dapatkan idea dan isi penting bila pernah hangat Wawasan 2020 diperkatakan. Ini jugalah salah satu tajuk feveret guru Bahasa untuk pelajar sediakan esei 500 perkataan. 'Cabaran dan persediaan sebagai pelajar menghadapi wawasan 2020'. Saya sendiri  lupa apa poin penting esei pada waktu itu. Yang saya ingat saya ternanti-nanti sesi waktu penulisan dan kami berlumba-lumba hasilkan karangan baik untuk guru buat penilaian. Dan biasanya markah karangan 80 ke atas. Biasa!

'A' untuk Alhamdulillah.


Kurang 20 hari lagi kita penduduk Bumi akan memasuki gerbang tahun baru. Dan seperti selalu, orang akan bercakap mengenai azam.

InsyaAllah.

Apa azam awak tahun baru?

Sebelum itu tercapaikah azam terdahulu? Puas hatikah kita dengan pencapaian hidup sepanjang tahun ini. Alhamdulillah kita masih bernyawa dan sihat dari segi kesihatan bahkan rezeki memang ada selalu walau ada masanya syaitan sering membisikkan sesuatu kearah keburukkan hingga kita rasa serba serbi kekurangan dan alpa bersyukur pada Tuhan.

BANTU ANAK ANAK SYRIA HADAPI MUSIM SEJUK MENUSUK HINGGA KE TULANG. 


Rupanya kita di sini diuji kesenangan, dan mereka di sana sedang diuji kesusahan. Tengok sahaja di Syria. Saya ada terbaca di media sosial Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) yang mana bermula Disember 2019 datangnya musim sejuk yang mengerikan. Cuba anda bayangkan. Mampukah anak kecil menahan sejuk pada suhu -11 darjah celsius di waktu malam. Tanpa pakaian sejuk dan makanan yang cukup. Mampukan warga tua menahan sakit dengan suhu paras beku yang menusuk hingga ke tulang.

Dan mereka memerlukan bantuan daripada kita untuk keperluan seperti makanan, pakaian sejuk dan peralatan asas yang lain.


Bayangkan ini semua berlaku pada anak-anak kita dan ibu bapa kita yang sudah hilang keupayaan?

So just imagine that.

Jom zahirkan soladiriti kita dengan membantu mereka menerusi rezeki yang ada di tangan kita. Sesungguh dalam poket kita ada rezeki orang lain.

Allah berfirman dalam Surah Sa'ba ayat 39 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". 

Jom walau sedikit!  Tapi banyak impaknya bagi yang sangat memerlukan. 

Info bantuan YDKMM:

MAYBANK
YAYASAN DANA KEBAJIKAN MUSLIM MALAYSIA 550510970159 

#jomkongsi #berbagirezeki #solidaritiuntuksyria

Semoga setiap bantuan yang kita sumbangkan dibalas pahala berganda- ganda oleh Allah SWT.  Amin YRA.


Akhir kalam,  berbalik pada angka 18 dan 19 yang menjadi tumpuan di penghujung penutup 2019. Sebagai individu muslim, mari kita buka kitab suci Al-Quran dan dapatkan surah ke-18 serta ke-19 iaitu Kahf dan Maryam. 


Mari kita hayati maksud dalam kedua surah ini sebagai penutup 2019 tak lama lagi. Mungkin hati kita akan lebih terarah pada ketenangan dan mula redha dengan ketentuan Tuhan.  

Ujian untuk orang lain tapi ibrah untuk kita. 

Wallahualam. 

-Madam B-

Post a Comment

0 Comments