Live: Pertama Kali Melihat Gerhana Matahari Anulus Tanggal 26 Disember 2019



Kalau bukan kerana segelintir ahli dalam grup Wasap MyHawa DCS, saya pasti tak sedar tanggal 26 Disember 2019 dengan izin Tuhan pada jam 11 pagi hingga 4 petang akan berlaku Gerhana Matahari. Lebih kurang jam 1:07 tengahari tadi 'gempar ' seketika apabila rakan-rakan mula berkongsi foto Gerhana Matahari Anulus (GMA) dan ekspresi kata-kata berbentuk kagum atas apa yang berlaku dalam detik singkat.

Sebelum kita lihat beberapa rakaman foto yang menyingkap kekuasaan Yang Maha Esa, mungkin ada yang mahu tahu apa maksud di sebalik anulus.

Anulus berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'cincin'. Ketika GMA sebahagian kecil Matahari masih dapat dilihat seolah-olah melingkari bulan yang gelap di tengah-tengahnya. Dan untuk pengetahuan umum, Gerhana Matahari ada 4 jenis iaitu separa, penuh,  anulus dan hybrid.

"Try tengok gerhana matahari. Jelas sangat. Kata Ummi Nurins

Tak lama selepas itu,  group creator, Puan  Nik dipercayai kini ada di Perak muncul berkongsi suasana di sana yang sejuk, suram dan pada masa yang sama dapat melihat pantulan berbentuk bulan sabit di permukaan tanah pasir.   Secara keseluruhan ramai rakan Hawa juga berpendapat pada detik berlaku gerhana suasana sekitar kelihatan suram,  mendung, dan gelap. Tapi walau bagaimana pun kejadian gerhana jelas dapat dilihat oleh kami semua di lokasi berbeza. Allahuakbar.


"Hebat kuasa Allah" - Nik

Bentuk seakan bulan sabit

"Subhanallah" kata Ummi Nurins lagi.

Tak lama kemudian,Puan Zua mula kongsikan rakaman di Tesco Semenyih. Mungkin beliau ada di sana. Wallahualam saya tak pasti.

Puan Aisyah juga kongsikan infografik gerhana untuk pengetahun bersama.


Beberapa saat kemudian, Puan Jas kongsikan foto anak beliau sendiri berjaya rakam dari kedudukan aras unit kediaman mereka.


"Nak share sekarang ni gerhana matahari,  masyaAllah cantik. Anak ambil tadi. " kata Puan Jas

Dua foto yang turut memberi kesan dikongsi oleh Puan Bee dari jauh. Diyakini ini sekitar Pengkalan Chepa bersebelahan Lapangan terbang.



Puan Bee baik hati kongsikan infografik Waktu Gerhana Matahari Separa oleh Persatuan Falak Malaysia.

"Allahu cantik, puji Puan Athirah Khalid.

1.17 PM Puan Shida pula kongsikan sekeping foto yang menarik.


"Subhanallah," kata Puan Zura

Hasil rakaman di bawah imej dari lokasi Kajang oleh Puan Mas.


Puan Zura kongsikan imej di bawah yang cukup menarik lagi indah.


Ada sekeping foto dipercayai detik di mana Matahari sedang bertindih dengan Bulan. Wallahualam.


Sekitar jam 1:43 PM dikatakan sudah semakin jelas dilihat dari tempat tinggal kami.  Foto dirakam rakan Hawa dikenali Oscha Bella. 



Jam 1:45 PM Puan Zua kongsikan imej kemungkinan hasil rakaman sendiri seperti di bawah. 


Jam 1:46PM seorang rakan yang mesra dengan nama 'Pujaanhatikanda' berkongsi imej yang diperolehi dari KLIA. 


Kunfayakun.  Jom lihat rakaman imej yang terhasil dalam rumah. Kiriman ayah seorang rakan dari kampung di mana cahaya dipercayai masuk ke dalam rumah menerusi pintu sahaja menghasilkan pantulan bentuk bulan sabit. MasyaAllah.


Satu lagi imej berjaya dirakam kiriman ibu rakan yang berada di kampung. Cahaya dipercayai masuk menerusi pintu juga terpantul jelas di atas lantai putih. 


Dan akhir sekali,  inilah sekeping imej yang sempat saya ambil sendiri dari aras paling bawah pada 1:19 PM. 


Itu saja perkongsian saya berkaitan Gerhana Matahari di blog ini. Kalau dilihatkan pada semua imej yang berjaya dirakam,  latar belakang ketara agak suram tapi tetap terasa keajaiban dan kekuasaan Tuhan iaitu Allah SWT yang memiliki dan mengawal seluruh alam semesta. 


Sekian. Terima kasih. 

Sumber Imej: Closed Grup Wasap MyHawa DCS

Post a Comment

0 Comments