Adakah Kau Menunggu Ku Azam 2020




Adakah engkau pun berazam?
Masihkah aku pun berazam?
Adakah azam pun berlalu?
Masihkah azam pun begitu?
Dan tiada....

Aha! Lirik di atas itu suka hati saya reka dan tulis. Jangan ambil serius. Itu sisi nakal saya. Wah!

Selamat Tahun Baru!!!



Hari ini 1 hari bulan Januari 2020. Gelap, cerah, mendung, hujan dan panas,  tahun baru akhirnya. Alhamdulillah usia dipanjangkan Tuhan untuk terus menjana pahala dan kecap kejayaan  dunia dan akhirat. Jangan lupa kita ada 'negeri akhirat'yang bakal kita tempuh. Dunia ini kita sedang lalui. Sebaik sahaja meninggalkan dunia ini kita pasti ke alam barzakh. Wallahualam.


Maka apakah azam tahun baru kita? Atau carry forward azam tahun lalu? Apa pun berlaku, hanya diri sendiri yang tahu apa yang diingini. Azam bagi saya samalah seperti matlamat atau goals. Azam itu mesti kita capai sebelum tamatnya tahun ini tak kiralah macam mana cara yang kena usahakan. Ada pelbagai azam yang biasa kita dengar. Baca satu -persatu di bawah dan klik untuk info lebih terperinci.
Antaranya...

Nak mohon lagi kerja kerajaan dan hadiri temuduga.
Nak dapatkan kerjaya+gaji berlipat kali ganda.
Mahu beli kereta boleh tahan classy tapi murah!
Mahu beli rumah murah sebagai aset
Nak cari jodoh dan kahwin
Nak usaha dapat zuriat
Bahagiakan ibu bapa
Bayar hutang di sekeliling pinggang. 
Mahu kurus dan jaga berat badan
Jana wang sampingan di rumah
Belajar berenang
Belajar buat duit tulis artikel di rumah
Mulakan bisnes sendiri online/offline.
Perbaiki hubungan.
Nak ganti puasa tahun lalu
Bagi muslim mungkin ada yang berazam nak jaga solat lima waktu
Baca Al-Quran dalam sehari kena baca.
Hafal doa harian dan aplikasi dalam kehidupan.
Sedekah lebih lagi,lagi dan lagi.
Mula fokus diri sendiri melebihi orang lain.
Jadi guru tutor di rumah sebab ramai pelajar mahukan private teacher.
Mula ternak kambing ternyata ini bisnes sunnah gaya Nabi s.a.w.
Nak jadi penulis atau ghostwriter.
Dan yang paling tersohor setahu saya kita semua nak berjimat cermat bukan? 

Dan bagi penulis blog sudah tentu azam kami merangkumi...

Kemaskini blog sekerap mungkin boleh jadi seminggu 3/4 kali.
Hasilkan artikel menarik untuk blog.
Cipta satu atau lebih blog yang boleh buat duit.
Belajar cara jadi pemain affiliate popular yang mampu generate money online.
Sertai perjumpaan sesama blogger.

Oh dan banyak lagi sebenarnya. Tak tersenarai semua di sini. Soalannya...

Adakah azam hanya dibuat setiap kali tahun baru? Setiap kali tahun baru menjelma,  kita seperti bersemangat nak achieve azam itu. Tapi tahukah anda...

"Kajian menunjukkan sekitar 60 peratus daripada kita buat azam baru tiap tahun namun malangnya hanya sekitar 8 peratus yang mencapainya. " - Peter Economy


Satu lagi kategori azam yang biasa kita baca dan terbaca adalah...

1. Masih sedang memikirkan apa azam terbaru.
2. Cuba lakukan perkara baru.
3. Menikmati makanan kegemaran.
4. Turunkan berat badan/diet
5. Pergi gym.
6.Pilih untuk gembira/demi kesihatan mental.
7. Jadi lebih sihat
8. Menjadi orang lebih baik
9. Upgred teknologi sendiri
10. Kekal bermotivasi

Sebelum kita akhiri bicara pasal azam. Baca dulu petikan kata nasihat oleh seorang pakar muda dalam bidang penulisan di Malaysia.

"Bagi menguasai tahun ini,  kita belajar menguasai kemahiran berfikir.  Cetusan dari dalam diri membentuk laluan di hadapan. - Zamri Mohamad

.
.
.

Selamat mengusai diri di tahun baru,
Madam B

Post a Comment

0 Comments