Inspirasi Azam Tahun Baru 2020 Yang Merangkumi Kesihatan Rohani Dan Jasmani


Saya suka menaip di sini sambil nyatakan tarikh. Bukan apa supaya saya tak lupa. Hari ini 2 Januari. Boleh lagi fikirkan apa azam terbaru jika belum buat lagi. Azam saya satu sahaja iaitu baca,  tulis,  dan tulis terus! Tulis apa yang dah lama saya nak tulis. 

Baca [Panduan Menulis Oleh Aqif Azizan]

Pagi tadi saya sempat berbual dengan wanita tabah yang tiada kaitan pertalian darah menerusi Whatsapp. Setelah selesai sesi tanya khabar, tiba-tiba tapi sebenarnya saya dah jangka dia mahu tahu apa gol saya tahun ini. 

"Apa azam awak tahun 2020 ini...? "

Sisi nakal saya menjawab ...

"Oh azam tahun ini yang mustahak adalah ganti puasa tahun lalu." 

Sisi separuh nakal pula... 

"Sebenarnya azam saya sering sangat tak tercapai jadi, pasang azam secara senyap dalam hati." kata saya. 

Sisi bukan nakal saya sudah terjawab di atas. 



Baca [Panduan Jadi Penulis Upahan aka Ghostwriter Dari Rumah]

Terlanjur ber-whatsapp saya teringin juga nak tahu azam dia,  sebab biasanya orang yang bertanya dahulu dia selalunya sudah ada sesuatu. 

"Apalah Azam Cik X tahun ini? "

"Saya nak jadi lebih matang dalam mengendalikan minda, lebih banyak muhasabah diri dan yang paling penting nak dekatkan diri pada Yang Khaliq. 

"Kalau nak ikutkan hati memang banyak." 


Tapi teruskan perjuangan dengan semangat baru, tak mahu banyak menangis, tampil lebih berani dan yakin boleh. 


Dapat sesuatu tak?  



My New Year’s Resolution this year is to put my health first. You only get one body so it’s important to look after it. I’m going to make sure I’m getting enough rest, staying fit and healthy and eating well. - Richard Branson

https://www.virgin.com/richard-branson/new-years-resolutions-making-lists

Itu pula azam seorang 'world class speaker' yang nampak gayanya meletakkan status kesihatan sebagai azam dalam senarai teratas.

Lihat perkongsian yang saya sering saja dapat dari Eskayvie. Kali ini saya teruja nak kongsi sebab pasti ramai di luar sana belum tahu termasuk saya yang baru juga tahu. 

INFO KESIHATAN: CARA DIET ATAU KESEIMBANGAN MAKANAN.

1) 5 – 7 pagi

Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

2) 7 – 9 pagi

Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang  orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

3) 9 – 11 pagi

Organ limpa sedang bekerja. Elakkan makan pada waktu ini.

4) 11 – 1 petang

Jantung sedang bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

5) 1 – 3 petang

Usus kecil sedang bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

6) 3 – 5 petang

Pundi kencing sedang bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

7) 5 – 7 petang

Ginjal sedang bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air putih dalam waktu ini.

8) 7 – 9 malam

Perikardium sedang bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

9) 9 – 11 malam

Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.

10) 11 – 1 pagi

Hempedu sedang bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

11) 1 – 3 pagi

Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.

12) 3 – 5 pagi

Peparu sedang bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Resources : Eskayvie Sdn Bhd
.
.
.

Apa azam anda tahun 2020?

Kongsikan di sudut komen jika ada. 


.
.
.
Berazam Untuk Menulis,
Madam B

Post a Comment

0 Comments