Intro: Hati Tergerak Menulis Bukan Untuk Diri Sendiri Tapi Anda!



Madam B,

Hai dan apa khabar? Selamat datang ke agenda pilihan anda sendiri sempena tahun baru angka cantik. Seperti sedia maklum ini adalah yang anda mahukan.

Jadi tolong ambil perhatian satu projek khas sedang berjalan untuk menuju ke sebuah pesta di mana KL bakal jadi tumpuan seluruh 'peminat ilmu, perkataan dan kejutan' tahun ini. 📖


Like A Roamer! 

Terima kasih di atas komitmen walau kita belum tahu ini semua bakal jadi realiti atau sebaliknya. Serah pada Tuhan bulat-bulat.

Tajuk dan sub judul done.
30 transit ciptaan sendiri also done.
Cadangan konsep bagi menerangkan kenapa ini mahu dikompil dan kepada siapa ini ditujukan done done and done. Dan semestinya bagaimana anda boleh dapat idea untuk pilih tajuk ini done.
Mengenai penulis, walau ada sikit penambahan akan berlaku, sure done!

Semua dengan izin Allah.

Quote: "Work hard in silence, let your success be your noise. " Frank Ocean


Knowledge,  Words And Surprise! 

Tahniah!  Anda dan rakan-rakan mempunyai 31 hari untuk hasilkan 'bayi pertama' masing-masing. Pastikan kerja mencipta topik,  merangka idea, dan menulis semua yang ada dalam kepala dilakukan setiap hari sehingga siap semuanya.

Apa anda boleh lakukan? Mudah sahaja. Cuma perlu hafal dan faham berikut.

Today is writing day. 
Tomorrow is writing day also. 
Everyday will be your writing day. 

Setiap hari anda kena tulis dan menulis sesuatu dan semua yang ada dalam fikiran. Terlintas di kepala. Semua kejadian yang berada di layar minda. Sesiapa sahaja yang anda kenali dan dirasakan sumber inspirasi.  Itulah bahan anda. Mereka rupanya konten anda sebenarnya. Percayalah, usah ragu-ragu.

Tulis Jangan Takut-Takut! 

Ingat pesan coach tulis sahaja dulu semuanya,  tulis jangan takut-takut! Nanti kita sunting bersama kemudian. Later on.

Setiap hari juga kelak, anda perlu emelkan pada coach semua yang anda keluarkan dari kepala dan susun semula, tinggalkan seketika dan kembali semula untuk berikan sentuhan akhir. Hingga semuanya sedap dibaca. Kata lain zaman sekarang, padu!!!

Kalian boleh dikatakan bertuah,  dapat lihat dan hidu 'dari jauh' secara virtual bagaimana proses cipta, susun dan tulis semua kisah penting berlaku dan dibangunkan dari bab ke bab A sampai Z.  Doakan.

Mudah bukan kalau ikut falsafah ...

Tulis jangan takut-takut!

.
.
.
Mudahnya Menulis,
Madam B

Post a Comment

0 Comments