Jangan Masuk Dunia Penulisan Kalau Tak Suka Bau Wang!

Credit: Heartbeat By Enrique Iglesias 

At the risk of being honest... 
Dalam risiko menjadi seorang yang jujur saya serius kali ini mahu kongsikan dengan anda yang ada cita-cita mahu jadi penulis buku agar duit berkepuk-kepuk dan poket mulai tebal seperti individu pejaya di luar sana. Bagaimana mahu menulis gaya jutawan?

Though i might sound foolish to you...
Oh tak mengapa. Saya seorang yang tiada perasaan segan 'when it comes to writing'. Apa maksud puan tidak segan? Pengalaman cantik atau buruk itu kita punya. Tuhan aturkan hidup ini sesempurna sudah berlaku. Kitalah yang jadikan ia menawan di atas kertas seterusnya di hati pembaca. Tulis,  jangan segan-segan. Memalukan jika anda segan menulis apa yang positif tentang perjalanan hidup sendiri. So sad.

I must be true to myself... 
Saya maksudkan jika kita bersunguh lagi serius nak jadi penulis buku pada tahun ini dengarlah pesanan saya ini. Jadilah diri sendiri. Jangan meniru demi jadi orang lain yang belum tentu berjaya walau mereka ada kerjaya tetap. Anda bekerja diluar rumah di bawah arahan orang lain belum tentu mampu hadilkan produk sendiri yang boleh dibanggakan. Dan anda yang bekerja di rumah di bawah arahan diri sendiri tak mustahil akhirnya hasilkan produk sendiri hanya bersila di ruang tamu mengetuk kekunci komputer riba.  #neverbecopycat

If you're all I've got to count on... 
Mulakan sekarang. Bergantunglah pada diri sendiri dan Tuhan Yang Satu. Lupakan mereka yang bersifat toksid. Berdialog dengan Tuhan dan tanyalah Dia secara terus. Apa kita mahu dalam hidup tahun ini. Apa yang kita mahu tampilkan ke depan agar istimewa mengenai kita.  Carilah penyebab terbesar apa mahu ditulis dalam diri. Dapatkan coach tepat. Berjemaah dengan rakan yang sependapat. Rangka bab demi bab. Gunakan skil 'peluru tabur'. Susun sebaiknya.  Fikirkan apa konsep buku kalian mahu tulis dan hantarkan pada mentor bersama siapa anda 'Mengenai Penulis' yang anda mahu pembaca kenal.



Nama pena Nama Sebenar

Anda tentukan. Kita tentukan. Sebab kita penulis buku itu. Jangan biarkan penyesalan selepas lahirnya 'bayi' pertama. Ingat lagi anak pertama anda juga yang cari dan daftarkan nama di sijil lahir. Nama pena yang seronok anda lihat dan sebut.  Jenamakan nama anda. Biar seluruh negara kenal nama itu dan termimpi-mimpi mahu letakkan nama mereka pula di kaver depan buku yang boleh dipegang semua. Seronok dan bangga bergabung. Mahukah kita jadi begitu?

Mudahkah? 

Mudah,  jika anda tahu jalannya dan berdoa siang malam pada Yang Maha Kaya 'pemberi ilham' beginidan begini...boleh jadi lebih kurang ini konten doa anda.

"Ya Tuhan ku,  aku mahu jadi penulis buku. Aku ada banyak benda nak dikeluarkan dan dikongsikan dengan mereka yang tidak tahu apa apa akan perkara yang Engkau kurniakan aku sebagai perantara. Tuhan aku bukan siapa-siapa. Tapi aku mohon ilhamkan aku mana-mana  ilmuMu yang sangat luas untuk aku tuliskan pada tahun ini. "

I have to write.
I need to share.
I want to blurt it out!
-Madam B-

Anda tak akan berjaya jadi penulis jika masih sibuk... 

Ambil tahu hal orang.
Cemburu dengan sukses orang lain tak tentu fasal.
Suka jaga tepi pagar (rumahtangga) orang tak kira masa.
Penting diri dan sukar terima kenyataan.
Ada masa berbual, mencaci dan mengadu domba.
Seronok tilik lemah dan salah orang lain.
Gemar gunakan teknik dan taktik halus syaitan perantara untuk jatuhkan orang lain secara halusssss.
Oh dan banyak lagi yang negatif. You know!

Jika perkara di atas yang saya nyatakan ini anda masih lakukan 'without fail' ... Terimalah berita baik buat anda... You're A Loser!  Kah Kah!

L. O. S. E. R
-Kick (Salman Khan)


No matter what... Just write! 
Kasihankan anda, saya baik hati pagi indah nan sepi ini, ada banyak jalan,  cara dan laluan sebenarnya. Salah satunya,
baca panduan yang saya kongsi di bawah. Yang saya dah khatam baca satu ketika dulu. Kedua, berguru dengan pakar planet penulisan.  Siapa? Carilah sendiri sebab tiada benda Free dalam dunia ini. Google sentiasa ada. Carilah sebelum saya kongsikan yang sebenarnya apabila sampai masa.
Ketiga, buatlah...menulislah... keluarkanlah semua bahan dalam minda fikiran anda.

Lihat,  bagaimana saya tulis ini pun bukan berada di meja kerja saya. Saya berada di luar kawasan. Saya tidak terikat dengan lokasi dan sesiapa kecuali Tuhan.

Mahu sertai menjadi penulis seperti saya?

Mengembara,  out station,  makan dan minum bersama yang tersayang,  oh sudah tentu masih menulis dan menconteng di buku nota atau telefon pintar?

Akhir kata,  saya menulis sedalam ini bagi kalian yang sukakan bau wang sahaja.

Faham atau buat-buat tak faham. Kalian tentukan. Perkongsian saya selesai.

I put my feelings on the table
And my heart in your hands
So don't commit unless you're able
Do you understand?
-You're The Only One (Tommy Page)

Baca [Panduan Paling Bijak Buat Duit Sambil Menulis]

.
.
.
I'm talking about forever,
Madam B

Post a Comment

0 Comments