Let's Start Healing: Kenali Apa Itu Influenza A Dan Langkah Pencegahan Awal




"Semoga kesusahan yang menimpa kita, di sebalik terdapat kemudahan di waktu yang terhampir."

Kita dilanda penyakit bermusim bermula akhir tahun lalu sekitar musim tengkujuh. Satu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan  kehadiran nama virus yang cukup cantik tapi membahayakan nyawa iaitu Influenza. Cukup menggerunkan apabila kita tiada informasi jelas mengenainya terutama bagaimana ia berjangkit dan bagaimana perlu mencegahnya. Jadi lebih baik kita 'mengenali' apa sebenarnya yang mesti kita tahu tentang Influenza yang merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan virus RNA. 


Influenza A adalah sejenis penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influenza.  Antara gejala yang membolehkan seseorang dijangkiti adalah seperti demam,  selesema,  batuk,  sakit tekak,  sakit badan dan sakit kepala. 

Bagi mengelakkan penularan jangkitan jadi amalkan perkara di bawah:

1. Guna tisu atau sapu tangan bila bersin atau batuk. 
2. Guna penutup hidung bila batuk di tempat awam. 
3. Kerap cuci tangan gunakan sabun atau hand sanitizer. 
4. Amalkan pemakanan sihat dan minum air masak secukupnya. 
5. Dapatkan vaksin.
6. Segera dapatkan rawatan jika jangkitan teruk. 


"Together Building People"




Bercakap fasal pencegahan, saya sendiri memilih cegah seperti anda di luar sana. Buat masa ini saya menggunakan 'Molekul Bijak' yang ada di dalam Transfer Factor 4Life untuk tingkatkan sistem imun badan termasuk anak kecil dan dewasa. Saya dah mula consume TF sejak 2008 iaitu ketika bekerja di TM IT Complex Cyberjaya. 

Bagi yang tak biasa boleh Google untuk dapatkan info lanjut atau hubungi wakil agen seluruh negara atau boleh saja  menerusi Lazada atau Shopee. Banyak sangat info berkaitan TF dan 'kebolehan' menangkis serangan Influenza dan pelbagai masalah kesihatan lain. 


Let's Start Healing


قلب بين يدي قلب
يد الله كل قلب
عين ترعى عينا وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقة
كل معروف صدقة

قلب بين يدي قلب
يد الله كل قلب
عين ترعى عينا وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقة
كل معروف صدقة

اللهم اشفي شفاء لا يغادر سقما
اللهم اشفي شفاء لا يغادر سقما
اللهم اشفي شفاء لا يغادر سقما
اللهم اشفي شفاء
Lirik Doa: Healing


Baca Perbezaan [Syafakallah,  syafakillah,  syafahallah,  syafahullah. ]

Ini perkongsian rakan grup D'Hawa DCS yang mana beliau dapati daripada seorang Ustaz masjid (tidak dinyatakan)  dalam berdepan ujian Influenza A.

"Buat semua.
Ini amalan ustaz bagi tadi kat masjid utk elakkan influenza A.
Amalkan ayat 58 surah Yasin. Salamunkaulammirrabirrahim
7 atau 9 kali senafas sebelum keluar rumah.
Buat anak kecil yang tak tahu baca para ibu tolong bacakan ayat ini pada air 77 kali dan jadikan air mandi. Semoga bermanfaat."

Baca Lagi Info Influenza Perkongsian Blogger Lain Di Internet. 

https://www.thevocket.com/ini-simptom-influenza-a-yang-anda-perlu-tahu-dan-cara-untuk-mencegahnya/

https://siakapkeli.my/2020/01/13/kenali-perbezaan-virus-influenza-a-b-dan-c-yang-mana-bahaya-paling-kerap-serang-manusia/

https://lancareno.com/2020/01/vaksin-influenza-habis-apa-yang-perlu-dilakukan.html/

Penjelasan Doktor Zaqrul Mengenai 'Panik Influenza Melanda Rakyat Malaysia'.  

"Seasonal flu, banyakkan minum air dan kalau boleh ambil Vitamin C." kata Doktor Zaqrul Razmal

Tonton video penuh di media Facebook beliau sendiri.

Jadi dah faham dan tahu apa perlu buat, jom amalkan gaya hidup sihat dan pilih mencegah sebelum kena. InsyaAllah.

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah dan dalam Al Quran itu banyak penawar yang kita masih belum ketahui sedangkan ianya ada di dalamnya.

Wallahualam.
.
.
.
One for all,  all for one,
Madam B

Post a Comment

0 Comments