Menulis Karya Sendiri Dan Merancang Kejayaan Buku Anda Bersama Coach Zamri Mohamad


"Sudah menjadi satu kebiasaan, kita mahukan maklumat agar dapat disandarkan rasa percaya sebelum membuat apa-apa keputusan." - Zamri Mohamad

Kata-kata di atas diungkapkan oleh seorang rakyat Malaysia yang meletakkan diri sebagai 'industry traveller'  yang kini sedang aktif membantu penulis dalam menulis buku pertama.


Sudah lama saya nantikan saat ini. Bukan apa, cuma tak sabar rasanya mahu perkenalkan pembaca blog dengan  individu prolifik dalam dunia penulisan dalam negara.  Beliau yang selama sepuluh tahun membuat keputusan mengurangkan masa menulis buku sendiri selepas lebih 20 buah buku diterbitkan.


Kredit Foto

"Karya yang kaya. Evergreen. Sempurna penyampaian dalam bahasa yang cerdas dan kemas. Tanpa meninggal sedikit pun nilai menghidupkan seperti motivasi,kreativiti, imaginasi dan realiti. Bagaimana kita yang dikatakan orang biasa-biasa mampu mencipta karya yang bukan biasa-biasa." 
- Madam B

Demi impian penulis baharu, beliau sanggup mengalihkan masa peribadi kepada masa untuk anda yang serius dan tekad menguasai kemahiran sebagai penulis. Amazing!

Kredit: Oppo A83 By Madam B
Lelaki hebat ini juga melaburkan masa bukan sedikit untuk menaikkan kualiti bahan dalam melahirkan penulis. Awesome!

Disebabkan itu mata lelaki ini sentiasa  memerhatikan jadual festival penulis di luar negara agar beliau sendiri dapat hadir, dengar, susun dan ajarkan semula kepada bakal penulis di sini.


Dalam dunia perbukuan, inilah rekod 'luar biasa' kerja Zamri Mohamad. 

▪️Pernah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian dua tahun berturut--turut. Finalis, Book and Beauty Award di bawah Frankfurt Book Fair, dan Finalis Anugerah Buku RTM-PNM.

▪️Pernah mengendalikan bengkel editorial dan kempen untuk rumah-rumah penerbit seperti PTS, Must Read, Karangkraf, Buku Puris, Galeri Ilmu, Kopi Press, Legasi, Iman Publishing dan penerbitan sebuah parti.

▪️Para alumni sudah menembusi 13 rumah penerbitan tempatan.

▪️Satu-satunya coach penulisan buku umum yang konsisten memperbaiki bahan melalui penglibatan di festival-festival penulis sebelum ini di Australia dan Singapura.

▪️Pernah membuat kajian penerbitan di India, Indonesia, Korea Selatan dan China

Kenapa?

Kerana beliau percaya anda, saya dan mereka berpotensi memandaikan bangsa dalam bahasa Melayu. Kita mesti menulis buku pertama.

Pengetahuan dan pengalaman hidup kita semua adalah penambah nilai hidup orang lain.

Bertuah sungguh. 

Paling terdekat yang akan mendapat harta pusaka pengetahuan saudara adalah anak-anak kita.

Consultative Coaching Lapan (8) Individu Bertuah

Februari ini beliau mengosongkan hari Sabtu dan Ahad bagi mengendalikan consultative coaching untuk 8 orang sahaja.

Topiknya?

Sabtu, 15 Februari 2020

▪️Menulis Rencana untuk Content Marketing dalam akhbar, majalah dan online.

Kelas ini bagi mereka yang mahu menjadi ghostwriter untuk klien atau menjadi penulis dalam media cetak dan online.

▪️Ahad, 16 Februari 2020

Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca.

Kelas ini sudah berkali-kali menghasilkan penulis yang sukses menerbitkan buku kisah hidup mereka.

Yuran sikap bagi setiap kelas RM390.

Jika mahu hadir kedua-duanya RM580 (berbanding RM780).

Berminat? 

Whatsapp ke 0192880451 dengan mesej Coaching sekarang.
.
Sumber: Facebook Zamri Mohamad
.

Dikongsikan Oleh,
Madam B

Post a Comment

0 Comments